Isteri Meninggal Dunia. Apa Yg Pakcik Ini Lakukan Pada Kubur Isterinya Setiap Hari Buat Ramai TERHARU !!!

Sungguh cinta itu tiada noktahnya meskipun salah satu pasangan telah meninggal dunia. Fred Gilland, 78 tahun dari Knoxville, Tennessee masih setia memegang janji kasihnya pada isteri yang dikahwininya 51 tahun lalu walau isterinya sudah tiada.

“Saya jatuh cinta apabila pertama kali melihatnya,” kata Fred. “Dia sentiasa kelihatan menawan,” lelaki tua itu mengimbau kembali raut wajah isterinya yang sudah 7 tahun tiada di sisinya.

Namun, semenjak Janice disemadikan di perkuburan Lynnhurst, Fred tidak pernah gagal untuk duduk berteleku di tempat jasad Janice di semadikan tidak kiralah apa jua keadaan sekalipun.

“Saya tidak buat apa-apa sehingga tiba masa untuk pergi melawat Janice. Lebih kurang 1 jam atau 1 jam setengah saya ‘berbual’ dengan Janice, saya akan balik ke rumah dan menonton TV. Itu sahaja yang saya lakukan sehari-hari.”

Janice hilang penglihatannya pada usia 57 tahun sebelum menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2009 di usia 66 tahun.

“Ketika itu, saya rasa seperti tidak mahu untuk teruskan hidup lagi,” ujar Fred.

Ramai orang yang sering mengunjungi tanah perkuburan tersebut melihat Fred di kawasan tersebut dan turut memberi penghormatan kepada Janice.

“Mereka berbual dan turut sama memberi penghormatan kepada Janice. Saya sukakan mereka semua.”

“Janice mempunyai suara yang merdu,” cerita Fred. “Dia mungkin sedang menyanyi bersama Elvis sekarang, saya harapkan begitulah.

Jikalau Elvis mendengar suaranya, pasti Elvis mahu berduet dengan Janice.”

Seperti bait-bait dalam lagu Elvis, “I can’t stop loving you” itulah gambaran cinta Fred buat isterinya. Semoga kita turut sama menemui cinta sejati seperti Fred dan Janice.

Sumber : HarianMetronini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*