Resepi Air Dragon Mix Fruit Viral Wajib Cuba Bulan Puasa Nanti

Menjadi salah satu kewajiban ketika tibanya bulan Ramadan adalah untuk menyediakan juadah yang unik, enak dan menarik untuk seisi keluarga. Tidak dilupakan juga juadah pencuci mulut yang sememangnya ditunggu-tunggu apabila selesai menjamah hidangan utama. Untuk bulan Ramadan kali ini, apa kata anda cuba buat Dragon Mix Fruit yang mampu untuk menghilangkan kering tekak anda ketika berbuka puasa. Nampak pun dah menyelerakan!

Dragon mix fruit

Saya nak kongsikan air yang menjadi kegemaran keluarga saya. Kalau time berbuka memang berebut kami adik-beradik. Senang jer resepinya jom share.

Bahan bahan

1.Buah naga merah

2.Buah mangga masak

3.Anggur manis

4.Laici tin (sekali air)

5.Susu pekat manis

6.Air masak

7.Ais batu

Buah smua dipotong dadu. Campurkan semua bahan-bahan masukkan ais batu siap untuk dihidang. Pewarna adalah dari buah naga. Tak perlu campur apa-apa pewarna.

Siap!

*Selamat berpuasa!

Sumber : Nur Yushanun Yusuf

Sumber Asal