7 Fakta Sayu Disebalik Keluarga Suspek Letupan Di Surabaya

7 Fakta Sayu Disebalik Keluarga Suspek Bom Bunuh diri


7 Fakta Sayu Disebalik Keluarga Suspek Bom Bunuh diri|Kejadian bom bunuh diri yang menggemparkan negara indonesia baru-baru ini sedikit banyak menimbulkan perlbagai spekulasi sendiri.

Negara yang majoriti menganut agama islam itu telah pun menahan beberapa orang yang cuba menimbulkan isu-isu yang mengundang perbalahan agama di laman media sosial.

Merujuk kepada tajuk,sedikit demi sedikit ada beberapa Fakta menarik tentang satu keluarga yang menjadi suspek bom bunuh diri yang berlaku pada ahad kelmari di 3 tempat.

1.Ibu Bawa anak
Puji Kuswati (43) diketahui membawa dua anak perempuannya yang berusia 12 dan 9 tahun,Puji memasuki kawasan gereja dengan berjalan kaki kemudian meletupkan diri menggunakan bom rakitan yang di ikat pada pinggang.

2.Dua beradik lelaki
Sementara dua anak lelakinya Yusuf Fadil (18) dan Firman Halim (16) meletupkan diri di tempat berlainan .

Keduanya menaiki motorsikan membawa bom dengan cara di pangku merempuh pintuh masuh gereja.

3.Suami “Dita Upriyanto”
Dalang disebalik tragedi yang melibatkan 18 orang maut dan 40 cedera ini diketahui berpunca dari Dita Upriyanto yang terlalu taksup dengan ajaran islam berlainan.

Dita Upriyanto dalam kejadian itu diketahui menaiki kereta Avansa merempuh pintu masuk gereja sebelum meletupkan diri.

4.Hubungan tidak direstui.
Menurut ibu bapa Puji Kuswati yang merupakan pengusaha jamu tradisional H Koesni dan Hj Minarti Isfin,sememangnya tidak merestui pernikahan Puji dan suaminya.

Mereka sedari awal telah mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan Pemahaman agama dita,namun anak gadis mereka berkeras untuk menikah juga.

5.Lupa keluarga.
Menurut orang tua puji lagi,semenjak anak gadis mereka menikah dengan dita,mereka seolah olah di sisihkan bahkan boleh dikira dengan sebelah tangan berapa kali mereka berjumpa meskipun hampir 20 tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka juga tidak mengetahui pekerjaan dita sepanjang menikah dengan anak mereka.

6.Pengakuan keluarga dita
Sementara itu dari pihak keluarga dita mengungkapkan bahwa anak ketiga mereka itu sangat tertutup.

Mereka 4 adik beradik tidak terlalu akrab kerana perlakuan dita yang cukup aneh bagi mereka.

Bahkan keberadaan dita dalam keluarga mereka tidak terlalu diketahui umum kerana dita dikatakan meninggalkan keluarganya semenjak dia menikah.

7.Jenazah tidak diterima keluarga.
Seolah tidak dapat menerima kenyataan, masing-masing ahli keluarga dua belah pihak tidak menerima jenazah 6 sekeluarga itu.

Bagaimanapun katanya pagi ini ke 6jenazah telahpun di kebumi orang kampung di situ

Pengebom Bunuh Diri ” Cuci Otak Anak”

Pengebom Bunuh Diri ” Cuci Otak Anak”|Surabaya: Kanak-kanak yang terbabit dalam serangan bom terhadap gereja dan balai polis di sini, bandar raya kedua terbesar Indonesia dalam tempoh 24 jam sejak Isnin lalu, tidak bercampur dengan masyarakat atau kanak-kanak lain.

Menurut polis Indonesia, siasatan berdasarkan temuramah dengan kanak-kanak yang terselamat mendapati mereka diasingkan daripada masyarakat dan bergaul dengan militan.

Dalam serangan terhadap tiga gereja, Ahad lalu, enam sekeluarga terbunuh bersama tujuh lagi mangsa, menjadikannya serangan pengganas terburuk di Indonesia sejak pengeboman restoran di Bali pada 2005.

Kelmarin, lima sekeluarga yang menaiki dua motosikal menyerang balai polis dengan meletupkan diri mereka menyebabkan empat daripada mereka terbunuh serta dua mangsa, manakala 10 lagi cedera.

Bagaimanapun, anak perempuan pasangan itu yang berusia lapan tahun, terselamat,

“Kanak-kanak terbabit ‘dipengaruhi’ pemikiran mereka oleh ibu bapa,” kata Ketua Polis Jawa Timur, Machfud Arifin, kepada Reuters.

Menurutnya, budak perempuan lapan tahun itu yang tiada bahan letupan diikat pada tubuhnya, tercampak sejauh tiga meter akibat letupan dan kini dirawat di unit rawatan rapi.

“Dia sudah sedar dan akan ditemani saudara-mara serta pekerja sosial apabila disoal polis nanti,” katanya.

Rakaman video di tempat kejadian menunjukkan budak perempuan itu terpinga-pinga selepas letupan bom sebelum anggota polis membawanya ke tempat selamat.

Polis di Sidoarjo, dekat Surabaya, menemui bom paip selepas satu letupan di sebuah apartmen, Ahad lalu, yang membunuh tiga sekeluarga, dipercayai pembuat bom.

Keseluruhan, tiga kanak-kanak daripada tiga keluarga terbabit, terselamat dan siasatan mendapati mereka hanya bergaul dengan ibu bapa serta orang dewasa yang sama ideologi.

Setiap petang Ahad, mereka bersolat bersama orang dewasa dan polis mendapati keluarga serangan bom gereja dengan keluarga pembuat bom di Sidoarjo adalah rakan baik.

Ketua Polis Indonesia, Tito Karnavian berkata, polis sedang menyiasat motif serangan selepas Daish menyatakan mahu membalas dendam terhadap hukuman penjara bekas pemimpin Jamaah Ansharut Daulah (JAD).

Menurutnya, bom yang digunakan dalam dua serangan itu sama dari segi pembinaan, amat berkuasa dan sensitif kepada pergerakan seperti digunakan militan Daish dalam perang di Iraq dan Syria.

Sementara itu, Presiden Joko Widodo menggelar penyerang sebagai ‘kejam’ berikutan tahap kerosakan dan hakikat kanak-kanak digunakan dalam serangan itu. – Agensi

“Ais Sakit” Bapa Paksa Ais Ikut

“Ais Sakit” Bapa Paksa Ais Ikut|Anak kepada suspek bom bunuh diri yang berlaku ahad kelmari di surabaya mengaku bapanya adalah dalang di sebalik tragedi berkenan.

Ais yang ketika itu sakit di paksa oleh ibu bapanya ikut ke surabaya menggunakan dua motorsikal,sebelum menyewa kereta jenis Avansa.

Dalam video yang tersebar di laman media sosial,jelas terlihat Ais terpinga-pinga selepas letupan bom sebelum anggota polis membawanya ke tempat selamat.

Ais dikatakan anak bungsu dari 4 beradik yang terlibat pengeboman itu,manakala kakak perempuanya maut dalam keadaan mengerikan.

Menurut polis Indonesia, siasatan berdasarkan temuramah dengan kanak-kanak yang terselamat mendapati mereka diasingkan daripada masyarakat “otak di cuci”

“Kanak-kanak terbabit ‘dipengaruhi’ pemikiran mereka oleh ibu bapa,” kata Ketua Polis Jawa Timur, Machfud Arifin, kepada Reuters.

Menurutnya, budak perempuan lapan tahun itu yang tiada bahan letupan diikat pada tubuhnya, tercampak sejauh tiga meter akibat letupan dan kini dirawat di unit rawatan rapi.

Menurut satu sumber Ais adalah seorang murid ahli beladiri yang dijadwalkan mengikuti kejuaraan bela diri di Malaysia

SUMBER : speakerpecoh

CERITA KEDUA

Hari ni hari memburu cerita seram katanya sebab minggu depan banyak entri berilmiah nak kena tulis. Dua tiga hari ni sibuk sikit even orang bercuti.. Sibuk mengumpul bukti katanya.Almaklum la aku ni kadang2 macam detective conan jugak kan.. Bukti apa.. Tak apa belum masanya aku bongkarkan apa yang berlaku kat aku yang melibatkan blog aku ni. Jeng.. Jeng.. Jeng..

Ok.. ok berbalik kepada cerita seram. Ni bukan cerita ‘SX’ ok.. Ni cerita pengalaman seram seorang pelajar yang tinggal di asrama sekolah melihat satu kejadian yang mula2 dia sendiri tak paham apa yang berlaku katanya. Kisahnya mamat ni.. masa tu dia baru tingkatan 3. Nak di jadikan cerita.. sebab dia rasa jauh nak ulang alik dari rumah so di mohon untuk tinggal di asrama. Memang dah rezeki dia permohonan dia di luluskan so apa lagi dia packing barang semua .. Masuk asrama la.

Dia sampai asrama tu dekat dekat nak maghrib.. lepas solat, makan semua. Masing2 balik ke asrama la. Dalam dorm dia tu ada 6 katil double decker.. Bermakna dalam 1 bilik ada 12 orang pelajar. Undang2 kat asrama katanya pukul 12 semua lampu kena padam.. Bermakna sila tidur yer murid murid. Takde maknanya kau nak main spirit2 of the coin tetengah malam semata mata nak tau sapa nama awek kawan kau tu. hehehehe.. Mamat ni dia biasa tidur dalam keadaan cerah. Tapi nasib baik la dia tidur katil dekat tingkap.. so cahaya lampu jalan tu menerangi la katil dia. Jadi tak la kena kejutan sangat malam pertama kat asrama kena tidur dalam gelap.

Tengah2 tidur tetiba dia terjaga sebab dengar bunyi katil bergerak tapi dia tak sure pukul berapa. So dia pun usya kearah katil kawan dia yang dia rasa buat bunyi bising tu.. Tetiba dia nampak macam orang hitam atas badan kawan dia. Kawan dia ni tidur secara meniarap.. so nampak la orang hitam yang ada atas badan kawan dia macam sedang bergerak gerak.. Cuma time tu katanya dia tak paham pun apa benda orang hitam yang dia nampak tu buat. Dia cuma terfikir maybe ada kawan lain yang tumpang tidur atas katil kawan dia.

Pagi tu dia tanya kawan dia.. dia dok gurau dengan sapa malam tadi. Sebab mamat ni fikir kawan dia dok bergurau je.. Punya lurus gila pemikiran budak ni kan? Confirm budak suci murni tak pernah tercemar otak dia dengan perlakuan2 sumbang mambang. Kawan dia cakap mana ada dia gurau atau tidur dengan sesapa semalam. Katil dia tu memang muat2 untuk dia sorang jer.. Almaklum kawan dia tu bukan size S.. katil bujang double decker tingkat atas pulak.. Kalau dah berdua risau yang kat bawah satgi mati terpenyek pulak katanya…

Mamat ni mula pelik sebab dia memang nampak ada orang tidur atas belakang badan kawan dia semalam.. Bila dia bagitau kawan dia pun mengaku memang dia rasa sakit belakang & sakit bahagian bontot lepas bangun pagi.

Lepas habis sembahyang jumaat masa nak balik asrama tu.. dia tanya ustaz kot2 asrama dia duduk tu dulu ada pernah berlaku kejadian seram atau mistik ker sebab dia memang nampak orang hitam duduk atas belakang kawan dia semalam.. Ustaz dia cuma cakap dulu ada la.. Tapi ustaz tu tak bagi depa dok bercakap bukan bukan. Lepas tu dia cerita kat ustaz apa dia nampak semalam.. Lepas dengar je cerita ustaz nampak macam cuak. Petang tu dia pergi ke asrama depa.. Yang mamat ni cuak dah ingat ustaz nak buat sport check sebab dia bawa enpon. Dalam hati do fikir confirm enpon dia kena rampas nanti.. Tapi yang berlaku sebaliknya..

Ustaz tanya kawan dia yang di datangi orang hitam yang dia nampak semalam.. Tanya ada sakit kat mana2 tak.. So kawan dia cerita la sakit hapa semua. Kemudian ustaz tu letak tangan kat belakang badan kawan di sambil membaca sesuatu.. terus kawan dia muntah. Habis merawat kawan dia tu.. Ustaz tanya lagi ada sesiapa yang rasa sakit bahagian belakang & bontot tapi memasing tak mengaku maybe malu kot orang tahu kena liwat dengan makhluk hitam. Baru dia tahu makhluk hitam yang dia nampak tu la orang panggil orang minyak. Perbuatan yang dia nampak orang minyak buat kat kawan dia rupanya meliwat.. Yang pelik orang minyak biasanya cari anak dara tapi orang minyak yang kacau asrama dia ni songsang pulak. Tersalah amalkan ilmu hitam ke camna tak tau la kan.. Dia pilih kaum sejenis pulak hahaha.

Bila tak ada yang mengaku tu.. Ustaz tu pun bagitau la. Sesiapa yang pernah kena liwat dengan orang minyak kalau tak di rawat akan terberanak anak orang minyak.. Baru sorang demi sorang keluar buat pengakuan. Kalau tidak sampai sudah masing2 nak menyembunyikan depa dah di ragut keterunaan. hehehehehe..

Selesai rawat semua pelajar yang terkena gangguan orang minyak tu.. Semua pelajar ustaz suruh balik rumah masing2 kecuali mamat yang boleh nampak orang minyak tu jer. Sebab kata ustaz dia boleh nampak maybe nanti dia boleh tolong apa – apa.

Lepas isyak macam tu ustaz bersama beberapa orang kawan dia termasuk mamat ni.. pergi ke asrama yang berlaku gangguan orang minyak tu. Dia nampak depa tabur something keliling asrama sambil bawa kain batik & batang pisang. Dia sendiri tak pasti apa ustaz & kawan2 dia tabur.. dia sekadar memerhati je. Tiba2 dengar macam ada benda jatuh dari tingkat 2. So semua berlari naik tangga ke tingkat dua nak tengok apa yang berlaku.

Betul la macam di jangka.. Yang kedebuk tu orang minyak. Maka masing2 boleh tengok live orang minyak berbogel tergolek kat situ. Ustaz & kawan2 dia mengelilingi orang minyak tu.. dia di suruh keluar & tutup pintu tapi dia cuma tutup pintu tapi tak keluar pun sebab dia nak tengok pertaruhan antara manusia & orang minyak tu. Gamaknya dia ni dok bayang macam tengok wrestling.. Undertaker lawan dengan Broker-T kot.

Orang minyak ni menurut cerita budak ni.. ada kelebihan luar biasa. Fizikal macam orang tapi boleh melekat kat dinding macam spiderman & lidah dia terjelir sampai pusat.. Dia memang bogel so orang perempuan tak sesuai nak tengok aksi pertaruhan orang minyak dengan para perawat.

Lepas setengah jam pertarungan akhirnya orang minyak tu rebah.. Tu pun lepas kena rembat dengan batang pisang katanya. Merayu2 minta ampun. Lebih ustaz tu acah2 nak sembelih dia.. ketakutan orang minyak tu. akhirnya dia hilang bersama asap tebal. esok tu budak ni pack terus semua barang2 dia.. Tak jadi tinggal kat asrama katanya. Takpe la jauh sikit dia berulang alik ke asrama.. kena rotan sebab lewat sampai sekolah pun dia sanggup dari jadi mangsa liwat orang minyak. hehehehehe. Sempat jugak dia tanya ustaz betul ke yang kena liwat dengan orang minyak boleh terberanak anak orang minyak.. Ustaz dia cakap mana ada. Acah je tu kalau tak tak ada yang nak mengaku. Hahahaha.. lelaki mana boleh beranak dik Ooi… apa ke bendul sangat kau ni.

Tak tau la betul ke tidak cerita ni.. Aku baca macam drama pun ada tapi sebab penulisan cerita dia buat aku enjoy baca so aku isi la dalam ruangan seram serik lekat lekit untuk pembacaan santai petang2 ni kan? Tak payah ambil serius sangat la kan.. Satgi ada pulak dok pertikai betul ke tidak. Betul ke tak… Wallahualam..

Moral of the story.. Bukan manusia je ada yang gay.. orang minyak pun dah terjebak jadi gay. Gamaknya perempuan dah tak menarik sangat kot.. Tapi ok la kan.. selalu dok baca makhluk2 ni dok target perempuan je jadi mangsa pemuas nafsu depa.. sekali sekala ada yang songsang tu selamat la sikit kaum wanita katanya hahahaha.