[Terkini] Gaji penasihat Najib 10 kali ganda gaji perdana menteri!!

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan membayar barisan penasihatnya sehingga RM200,000 sebulan, tidak termasuk faedah dan kelebihan lain, menurut laporan The Malaysian Insight hari ini.

Laporan yang memetik sumber itu berkata, penasihat Najib menikmati gaji antara RM70,000 hingg RM200,000 sebulan.

“Tetapi setakat ini kami hanya mengenalpasti seorang yang mendapat gaji RM200,000 sebulan. Ini hampir sepuluh kali ganda lebih tinggi berbanding gaji perdana menteri. Pemeriksaan masih berjalan.

“Mereka bukan saja mendapat gaji tinggi, tetapi juga menerima banyak faedah dan kelebihan lain,” kata sumber itu seperti dipetik.

Laporan itu juga berkata penasihat dengan gaji terbesar itu juga merupakan “bekas menteri kabinet yang menjadi penasihat kepada Pejabat Perdana Menteri”, dan mengetuai sebuah unit di situ.

Bagaimanapun nama individu tersebut tidak dinyatakan dalam laporan itu.

Seorang lagi penasihat yang mendapat gaji tinggi – juga tidak dinamakan – bertanggungjawab dalam soal “jenama 1Malaysia,” kata laporan itu.

Maklumat ini diperoleh selepas pegawai kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) meneliti dokumen rahsia milik pentadbiran BN dulu.

Sejak HARAPAN mentadbir negara, semua penasihat ini tidak lagi dibayar gaji oleh kerajaan.

“Semua pegawai ini tidak lagi bekerja dengan kerajaan. Kebanyakannya mengosongkan pejabat sebaik selepas kekalahan BN.

“Mereka sama ada pergi secara sukarela tanpa memberitahu kami atau diminta untuk berbuat demikian,” kata sumber itu seperti dipetik.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sejumlah 17,000 lantikan politik akan diberhentikan bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN

Memang kita bersimpati dengan sebahagian kakitangan lantikan politik yang hilang jawatan apabila kerajaan baru Pakatan Harapan (HARAPAN) menutup agensi politik kerajaan lama seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Ini kerana sebahagian besar mereka bergaji rendah dan tidak terlibat secara langsung dengan kegiatan politik pro-Umno/Barisan Nasional.

Tetapi mereka sepatutnya tahu dan sedar bahawa turun naik nasib mereka bergantung kepada jatuh bangun parti yang melantik mereka dan yang mereka sokong selama ini.

Mereka terlibat secara subahat apabila ketua-ketua mereka “mempolitikkan” tugas mereka. Ketua Pengarah dan Ketua Pemikir Jasa misalnya adalah orang yang perlu mengambil tanggungjawab di atas kecelakaan yang menimpa anak buah mereka jika mereka berhati perut.

Dalam hal yang berkaitan, kita tidak perlu berasa simpati apabila kerajaan HARAPAN membubarkan Majlis Profesor Negara (MPN). Memang patut pun majlis itu dibubarkan.

Dalam kefahaman umum, MPN adalah badan intelektual tertinggi yang tugasnya mempamer dan melaksanakan kebebasan intelektual di tahap paling tinggi.

Sebaliknya ramai ahli MPN memilih untuk menjadi pengampu dan pembodek ketua-ketua Umno/BN, khususnya bekas Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak.

Mereka mengorbankan kebebasan dan kecemerlangan kecendekiawanan semata-mata untuk pangkat, duit dan gelaran kebesaran. Khabarnya di kalangan naib canselor mereka berlumba-lumba mendapatkan gelaran Tan Sri.

Eloklah tempoh pegang jawatan naib canselor jenis ini dikaji semula dan dipendekkan atau ditamatkan terus. Pilihlah pengganti yang tulen kecendekiawanannya dan rajin menyelidik serta menulis.

Arahan ‘suri dalam dapur’

Bagi wakil (nominee) politik dalam agensi kerajaan serta syarikat dan tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLC dan GLIC) pula, mereka menanglah tidak layak untuk terus memegang jawatan atau mendapat simpati kita.

Ada beberapa orang sudah mengumumkan peletakan jawatan tetapi masih ramai yang berdiam diri.

Kita pun tidak tahu apa tujuan dan muslihat mereka. Yang kita tahu ialah kalau mereka bersedia membuat pusingan U sekali pun kita tidak ada jawatan pengampu, pembodek dan pemakan dedak dalam sistem kita.

Begitu jugalah dengan eksekutif GLC dan GLIC yang secara rela dan gembira memilih untuk menjadi tali barut Umno/BN sehingga khabarnya bangga menerima arahan daripada “suri dalam dapur”.

Mereka juga perlu mengundurkan diri secara sukarela atau menghadapi kemungkinan disingkirkan.

Sumber 1 : Malaysiakini

Sumber 2 : Malaysiakini

sumber : youarelejen.com

CERITA KEDUA

Hari ni hari memburu cerita seram katanya sebab minggu depan banyak entri berilmiah nak kena tulis. Dua tiga hari ni sibuk sikit even orang bercuti.. Sibuk mengumpul bukti katanya.Almaklum la aku ni kadang2 macam detective conan jugak kan.. Bukti apa.. Tak apa belum masanya aku bongkarkan apa yang berlaku kat aku yang melibatkan blog aku ni. Jeng.. Jeng.. Jeng..

Ok.. ok berbalik kepada cerita seram. Ni bukan cerita ‘SX’ ok.. Ni cerita pengalaman seram seorang pelajar yang tinggal di asrama sekolah melihat satu kejadian yang mula2 dia sendiri tak paham apa yang berlaku katanya. Kisahnya mamat ni.. masa tu dia baru tingkatan 3. Nak di jadikan cerita.. sebab dia rasa jauh nak ulang alik dari rumah so di mohon untuk tinggal di asrama. Memang dah rezeki dia permohonan dia di luluskan so apa lagi dia packing barang semua .. Masuk asrama la.

Dia sampai asrama tu dekat dekat nak maghrib.. lepas solat, makan semua. Masing2 balik ke asrama la. Dalam dorm dia tu ada 6 katil double decker.. Bermakna dalam 1 bilik ada 12 orang pelajar. Undang2 kat asrama katanya pukul 12 semua lampu kena padam.. Bermakna sila tidur yer murid murid. Takde maknanya kau nak main spirit2 of the coin tetengah malam semata mata nak tau sapa nama awek kawan kau tu. hehehehe.. Mamat ni dia biasa tidur dalam keadaan cerah. Tapi nasib baik la dia tidur katil dekat tingkap.. so cahaya lampu jalan tu menerangi la katil dia. Jadi tak la kena kejutan sangat malam pertama kat asrama kena tidur dalam gelap.

Tengah2 tidur tetiba dia terjaga sebab dengar bunyi katil bergerak tapi dia tak sure pukul berapa. So dia pun usya kearah katil kawan dia yang dia rasa buat bunyi bising tu.. Tetiba dia nampak macam orang hitam atas badan kawan dia. Kawan dia ni tidur secara meniarap.. so nampak la orang hitam yang ada atas badan kawan dia macam sedang bergerak gerak.. Cuma time tu katanya dia tak paham pun apa benda orang hitam yang dia nampak tu buat. Dia cuma terfikir maybe ada kawan lain yang tumpang tidur atas katil kawan dia.

Pagi tu dia tanya kawan dia.. dia dok gurau dengan sapa malam tadi. Sebab mamat ni fikir kawan dia dok bergurau je.. Punya lurus gila pemikiran budak ni kan? Confirm budak suci murni tak pernah tercemar otak dia dengan perlakuan2 sumbang mambang. Kawan dia cakap mana ada dia gurau atau tidur dengan sesapa semalam. Katil dia tu memang muat2 untuk dia sorang jer.. Almaklum kawan dia tu bukan size S.. katil bujang double decker tingkat atas pulak.. Kalau dah berdua risau yang kat bawah satgi mati terpenyek pulak katanya…

Mamat ni mula pelik sebab dia memang nampak ada orang tidur atas belakang badan kawan dia semalam.. Bila dia bagitau kawan dia pun mengaku memang dia rasa sakit belakang & sakit bahagian bontot lepas bangun pagi.

Lepas habis sembahyang jumaat masa nak balik asrama tu.. dia tanya ustaz kot2 asrama dia duduk tu dulu ada pernah berlaku kejadian seram atau mistik ker sebab dia memang nampak orang hitam duduk atas belakang kawan dia semalam.. Ustaz dia cuma cakap dulu ada la.. Tapi ustaz tu tak bagi depa dok bercakap bukan bukan. Lepas tu dia cerita kat ustaz apa dia nampak semalam.. Lepas dengar je cerita ustaz nampak macam cuak. Petang tu dia pergi ke asrama depa.. Yang mamat ni cuak dah ingat ustaz nak buat sport check sebab dia bawa enpon. Dalam hati do fikir confirm enpon dia kena rampas nanti.. Tapi yang berlaku sebaliknya..

Ustaz tanya kawan dia yang di datangi orang hitam yang dia nampak semalam.. Tanya ada sakit kat mana2 tak.. So kawan dia cerita la sakit hapa semua. Kemudian ustaz tu letak tangan kat belakang badan kawan di sambil membaca sesuatu.. terus kawan dia muntah. Habis merawat kawan dia tu.. Ustaz tanya lagi ada sesiapa yang rasa sakit bahagian belakang & bontot tapi memasing tak mengaku maybe malu kot orang tahu kena liwat dengan makhluk hitam. Baru dia tahu makhluk hitam yang dia nampak tu la orang panggil orang minyak. Perbuatan yang dia nampak orang minyak buat kat kawan dia rupanya meliwat.. Yang pelik orang minyak biasanya cari anak dara tapi orang minyak yang kacau asrama dia ni songsang pulak. Tersalah amalkan ilmu hitam ke camna tak tau la kan.. Dia pilih kaum sejenis pulak hahaha.

Bila tak ada yang mengaku tu.. Ustaz tu pun bagitau la. Sesiapa yang pernah kena liwat dengan orang minyak kalau tak di rawat akan terberanak anak orang minyak.. Baru sorang demi sorang keluar buat pengakuan. Kalau tidak sampai sudah masing2 nak menyembunyikan depa dah di ragut keterunaan. hehehehehe..

Selesai rawat semua pelajar yang terkena gangguan orang minyak tu.. Semua pelajar ustaz suruh balik rumah masing2 kecuali mamat yang boleh nampak orang minyak tu jer. Sebab kata ustaz dia boleh nampak maybe nanti dia boleh tolong apa – apa.

Lepas isyak macam tu ustaz bersama beberapa orang kawan dia termasuk mamat ni.. pergi ke asrama yang berlaku gangguan orang minyak tu. Dia nampak depa tabur something keliling asrama sambil bawa kain batik & batang pisang. Dia sendiri tak pasti apa ustaz & kawan2 dia tabur.. dia sekadar memerhati je. Tiba2 dengar macam ada benda jatuh dari tingkat 2. So semua berlari naik tangga ke tingkat dua nak tengok apa yang berlaku.

Betul la macam di jangka.. Yang kedebuk tu orang minyak. Maka masing2 boleh tengok live orang minyak berbogel tergolek kat situ. Ustaz & kawan2 dia mengelilingi orang minyak tu.. dia di suruh keluar & tutup pintu tapi dia cuma tutup pintu tapi tak keluar pun sebab dia nak tengok pertaruhan antara manusia & orang minyak tu. Gamaknya dia ni dok bayang macam tengok wrestling.. Undertaker lawan dengan Broker-T kot.

Orang minyak ni menurut cerita budak ni.. ada kelebihan luar biasa. Fizikal macam orang tapi boleh melekat kat dinding macam spiderman & lidah dia terjelir sampai pusat.. Dia memang bogel so orang perempuan tak sesuai nak tengok aksi pertaruhan orang minyak dengan para perawat.

Lepas setengah jam pertarungan akhirnya orang minyak tu rebah.. Tu pun lepas kena rembat dengan batang pisang katanya. Merayu2 minta ampun. Lebih ustaz tu acah2 nak sembelih dia.. ketakutan orang minyak tu. akhirnya dia hilang bersama asap tebal. esok tu budak ni pack terus semua barang2 dia.. Tak jadi tinggal kat asrama katanya. Takpe la jauh sikit dia berulang alik ke asrama.. kena rotan sebab lewat sampai sekolah pun dia sanggup dari jadi mangsa liwat orang minyak. hehehehehe. Sempat jugak dia tanya ustaz betul ke yang kena liwat dengan orang minyak boleh terberanak anak orang minyak.. Ustaz dia cakap mana ada. Acah je tu kalau tak tak ada yang nak mengaku. Hahahaha.. lelaki mana boleh beranak dik Ooi… apa ke bendul sangat kau ni.

Tak tau la betul ke tidak cerita ni.. Aku baca macam drama pun ada tapi sebab penulisan cerita dia buat aku enjoy baca so aku isi la dalam ruangan seram serik lekat lekit untuk pembacaan santai petang2 ni kan? Tak payah ambil serius sangat la kan.. Satgi ada pulak dok pertikai betul ke tidak. Betul ke tak… Wallahualam..

Moral of the story.. Bukan manusia je ada yang gay.. orang minyak pun dah terjebak jadi gay. Gamaknya perempuan dah tak menarik sangat kot.. Tapi ok la kan.. selalu dok baca makhluk2 ni dok target perempuan je jadi mangsa pemuas nafsu depa.. sekali sekala ada yang songsang tu selamat la sikit kaum wanita katanya hahahaha.