Inilah Tugas Sebenar Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Yang Ramai Rakyat Malaysia Tak Tahu

Agong, atau Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah merupakan ketua negara Malaysia. Memandangkan Malaysia mengamalkan sistem raja berpelembagaan, peranan YDPA adalah sangat luas, namun tertakluk kepada perlembagaan. Tidak ramai yang mengetahui tentang peranan sebenar YDPA, dan artikel ini bertujuan untuk memberikan pencerahan kepada umum secara ringkas tentang tugas sebenar seorang Agong.

Sejarah Takhta Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

sejarah yang dipertuan agong ydpa

Pada Ogos 1957, selepas menolak cadangan gelaran Yang di-Pertuan Besar berbanding YDPA, Persidangan Majlis Raja-Raja akhirnya melantik pemegang takhta yang pertama. Mengikut senioriti, Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim yang memerintah negeri itu sejak 1895 diberikan keutamaan untuk peranan tersebut, namun baginda terpaksa menolak kerana kekangan umur yang sudah tua.

Sultan Abu Bakar dari Pahang yang memerintah negeri itu sejak tahun 1932 adalah individu yang berhak (dari segi senioriti) untuk takhta tersebut, namun telah ditolak oleh sultan-sultan dari negeri lain melalui undian. Memerintah Negeri Sembilan sejak 1933, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad akhirnya dilantik menjadi YDPA yang pertama selepas 8 daripada 9 undian sultan-sultan negeri menyebelahi baginda.

persidangan majlis raja raja

Persidangan Raja-Raja yang pertama terdiri daripada:

  1. Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Pahang)
  2. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Negeri Sembilan)
  3. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Selangor)
  4. Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Kedah)
  5. Sultan Ibrahim Petra ibni Almarhum Sultan Muhammad IV (Kelantan)
  6. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (Perlis)
  7. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III (Terengganu)
  8. Sultan Yusuf Izzudin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasruddin Shah (Perak)
  9. Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (Johor)

Turutan Giliran YDPA Dari Segi Senioriti

senarai yang di pertuan agong

Sejak kitaran pertama 9 YDPA (1957-1994), turutan bagi takhta YDPA antara sultan negeri masing-masing dikekalkan seperti berikut:

  1. Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan
  2. Sultan Selangor
  3. Sultan Perlis
  4. Sultan Terengganu
  5. Sultan Kedah
  6. Sultan Kelantan
  7. Sultan Pahang
  8. Sultan Johor
  9. Sultan Perak

Peranan Umum Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

peranan umum ydpa agong 856

Peranan YDPA adalah berdasarkan konsep raja berpelembagaan. Perkara 181 (1) di dalam Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan bahawa kedaulatan dan kuasa raja-raja akan terus berkekalan. Perlembagaan ini memberi definisi tentang peruntukkan bidang kuasa YDPA. Antaranya termasuklah memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak serta menjaga kepentingan sah kaum-kaum lain.

Selain itu, baginda juga memainkan peranan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, serta beberapa negeri lain yang tidak beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah-Wilayah persekutuan. Selain itu, YDPA juga berperanan sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda juga mempunyai kuasa untuk mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Secara terperincinya, bidang kuasa YDPA terbahagi kepada 3, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman.

Peranan Eksekutif Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

peranan eksekutif yang di pertuan agong

Fasal 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada YDPA. Walaupun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan mengenai kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong, secara lazim baginda menerima nasihat dari Kabinet atau lebih khusus, Perdana Menteri.

Walaupun bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas cadangan seseorang atau sesuatu pertubuhan (selain Kabinet), YDPA boleh bertindak mengikut budi bicara dalam 3 fungsi Perlembagaan iaitu:

  1. Melantik seorang Perdana Menteri.
  2. Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen.
  3. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu.

Peranan Perundangan Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

peranan perundangan yang di pertuan agong

Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak kepada Parlimen yang mengandungi YDPA dan 2 majlis, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. YDPA sebagai sebahagian komponen Parlimen mempunyai kuasa berikut:

  1. Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa.
  2. Memberhentikan dan membubarkan Parlimen.
  3. Memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen.
  4. Memperkenankan Rang Undang-Undang.

YDPA juga mempunyai kuasa melantik 2 orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta mempunyai kuasa melantik 40 orang senator lain.

Peranan Kehakiman Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

peranan kehakiman yang di pertuan agong

YDPA mempunyai fungsi penting dalam bidang kehakiman. Antara tanggungjawab baginda adalah:

1. Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Agung, Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja.

2. Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (satu langkah sementara sebelum pelantikan tetap sebagai Hakim Mahkamah Tinggi).

3. Memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 65 tahun. Bagaimanapun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan setelah mencapai umur 65 tahun.

4. Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, mengemukakan presentasi kepada YDPA untuk menyingkirkan seorang hakim Mahkamah Persekutuan atas alasan tertentu.

Selepas menerima representasi itu, YDPA akan melantik satu tribunal untuk memberi cadangan dan mungkin atas cadangan tribunal itu menyingkirkan hakim dari jawatannya. YDPA boleh menggunakan budi bicara baginda untuk menerima atau menolak cadangan tribunal untuk menyingkirkan atau mengekalkan hakim.

5. YDPA mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan boleh mengeluarkan Perisytiharan darurat apabila berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku seperti keselamatan, kehidupan, ekonomi atau ketenteraan awam dalam Persekutuan atau negeri dalam keadaan terancam.

6. Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak membuat peruntukan yang menetapkan YDPA sebagai Ketua Agama Islam negeri berkenaan.

Kesimpulan

tugas sebenar agong

Sebenarnya tugas seorang YDPA tidak tertakluk kepada yang dinyatakan di atas sahaja, terdapat banyak lagi peranan lain yang dimainkan oleh baginda. Untuk memahami dengan lebih lanjut tentang peranan YDPA dan sultan-sultan di Malaysia, rujuk laman sesawang ini, istananegara.gov.my dan majlisraja-raja.gov.my.

sumber: iluminasi

sumber : youarelejen.com

CERITA KEDUA

Hari ni hari memburu cerita seram katanya sebab minggu depan banyak entri berilmiah nak kena tulis. Dua tiga hari ni sibuk sikit even orang bercuti.. Sibuk mengumpul bukti katanya.Almaklum la aku ni kadang2 macam detective conan jugak kan.. Bukti apa.. Tak apa belum masanya aku bongkarkan apa yang berlaku kat aku yang melibatkan blog aku ni. Jeng.. Jeng.. Jeng..

Ok.. ok berbalik kepada cerita seram. Ni bukan cerita ‘SX’ ok.. Ni cerita pengalaman seram seorang pelajar yang tinggal di asrama sekolah melihat satu kejadian yang mula2 dia sendiri tak paham apa yang berlaku katanya. Kisahnya mamat ni.. masa tu dia baru tingkatan 3. Nak di jadikan cerita.. sebab dia rasa jauh nak ulang alik dari rumah so di mohon untuk tinggal di asrama. Memang dah rezeki dia permohonan dia di luluskan so apa lagi dia packing barang semua .. Masuk asrama la.

Dia sampai asrama tu dekat dekat nak maghrib.. lepas solat, makan semua. Masing2 balik ke asrama la. Dalam dorm dia tu ada 6 katil double decker.. Bermakna dalam 1 bilik ada 12 orang pelajar. Undang2 kat asrama katanya pukul 12 semua lampu kena padam.. Bermakna sila tidur yer murid murid. Takde maknanya kau nak main spirit2 of the coin tetengah malam semata mata nak tau sapa nama awek kawan kau tu. hehehehe.. Mamat ni dia biasa tidur dalam keadaan cerah. Tapi nasib baik la dia tidur katil dekat tingkap.. so cahaya lampu jalan tu menerangi la katil dia. Jadi tak la kena kejutan sangat malam pertama kat asrama kena tidur dalam gelap.

Tengah2 tidur tetiba dia terjaga sebab dengar bunyi katil bergerak tapi dia tak sure pukul berapa. So dia pun usya kearah katil kawan dia yang dia rasa buat bunyi bising tu.. Tetiba dia nampak macam orang hitam atas badan kawan dia. Kawan dia ni tidur secara meniarap.. so nampak la orang hitam yang ada atas badan kawan dia macam sedang bergerak gerak.. Cuma time tu katanya dia tak paham pun apa benda orang hitam yang dia nampak tu buat. Dia cuma terfikir maybe ada kawan lain yang tumpang tidur atas katil kawan dia.

Pagi tu dia tanya kawan dia.. dia dok gurau dengan sapa malam tadi. Sebab mamat ni fikir kawan dia dok bergurau je.. Punya lurus gila pemikiran budak ni kan? Confirm budak suci murni tak pernah tercemar otak dia dengan perlakuan2 sumbang mambang. Kawan dia cakap mana ada dia gurau atau tidur dengan sesapa semalam. Katil dia tu memang muat2 untuk dia sorang jer.. Almaklum kawan dia tu bukan size S.. katil bujang double decker tingkat atas pulak.. Kalau dah berdua risau yang kat bawah satgi mati terpenyek pulak katanya…

Mamat ni mula pelik sebab dia memang nampak ada orang tidur atas belakang badan kawan dia semalam.. Bila dia bagitau kawan dia pun mengaku memang dia rasa sakit belakang & sakit bahagian bontot lepas bangun pagi.

Lepas habis sembahyang jumaat masa nak balik asrama tu.. dia tanya ustaz kot2 asrama dia duduk tu dulu ada pernah berlaku kejadian seram atau mistik ker sebab dia memang nampak orang hitam duduk atas belakang kawan dia semalam.. Ustaz dia cuma cakap dulu ada la.. Tapi ustaz tu tak bagi depa dok bercakap bukan bukan. Lepas tu dia cerita kat ustaz apa dia nampak semalam.. Lepas dengar je cerita ustaz nampak macam cuak. Petang tu dia pergi ke asrama depa.. Yang mamat ni cuak dah ingat ustaz nak buat sport check sebab dia bawa enpon. Dalam hati do fikir confirm enpon dia kena rampas nanti.. Tapi yang berlaku sebaliknya..

Ustaz tanya kawan dia yang di datangi orang hitam yang dia nampak semalam.. Tanya ada sakit kat mana2 tak.. So kawan dia cerita la sakit hapa semua. Kemudian ustaz tu letak tangan kat belakang badan kawan di sambil membaca sesuatu.. terus kawan dia muntah. Habis merawat kawan dia tu.. Ustaz tanya lagi ada sesiapa yang rasa sakit bahagian belakang & bontot tapi memasing tak mengaku maybe malu kot orang tahu kena liwat dengan makhluk hitam. Baru dia tahu makhluk hitam yang dia nampak tu la orang panggil orang minyak. Perbuatan yang dia nampak orang minyak buat kat kawan dia rupanya meliwat.. Yang pelik orang minyak biasanya cari anak dara tapi orang minyak yang kacau asrama dia ni songsang pulak. Tersalah amalkan ilmu hitam ke camna tak tau la kan.. Dia pilih kaum sejenis pulak hahaha.

Bila tak ada yang mengaku tu.. Ustaz tu pun bagitau la. Sesiapa yang pernah kena liwat dengan orang minyak kalau tak di rawat akan terberanak anak orang minyak.. Baru sorang demi sorang keluar buat pengakuan. Kalau tidak sampai sudah masing2 nak menyembunyikan depa dah di ragut keterunaan. hehehehehe..

Selesai rawat semua pelajar yang terkena gangguan orang minyak tu.. Semua pelajar ustaz suruh balik rumah masing2 kecuali mamat yang boleh nampak orang minyak tu jer. Sebab kata ustaz dia boleh nampak maybe nanti dia boleh tolong apa – apa.

Lepas isyak macam tu ustaz bersama beberapa orang kawan dia termasuk mamat ni.. pergi ke asrama yang berlaku gangguan orang minyak tu. Dia nampak depa tabur something keliling asrama sambil bawa kain batik & batang pisang. Dia sendiri tak pasti apa ustaz & kawan2 dia tabur.. dia sekadar memerhati je. Tiba2 dengar macam ada benda jatuh dari tingkat 2. So semua berlari naik tangga ke tingkat dua nak tengok apa yang berlaku.

Betul la macam di jangka.. Yang kedebuk tu orang minyak. Maka masing2 boleh tengok live orang minyak berbogel tergolek kat situ. Ustaz & kawan2 dia mengelilingi orang minyak tu.. dia di suruh keluar & tutup pintu tapi dia cuma tutup pintu tapi tak keluar pun sebab dia nak tengok pertaruhan antara manusia & orang minyak tu. Gamaknya dia ni dok bayang macam tengok wrestling.. Undertaker lawan dengan Broker-T kot.

Orang minyak ni menurut cerita budak ni.. ada kelebihan luar biasa. Fizikal macam orang tapi boleh melekat kat dinding macam spiderman & lidah dia terjelir sampai pusat.. Dia memang bogel so orang perempuan tak sesuai nak tengok aksi pertaruhan orang minyak dengan para perawat.

Lepas setengah jam pertarungan akhirnya orang minyak tu rebah.. Tu pun lepas kena rembat dengan batang pisang katanya. Merayu2 minta ampun. Lebih ustaz tu acah2 nak sembelih dia.. ketakutan orang minyak tu. akhirnya dia hilang bersama asap tebal. esok tu budak ni pack terus semua barang2 dia.. Tak jadi tinggal kat asrama katanya. Takpe la jauh sikit dia berulang alik ke asrama.. kena rotan sebab lewat sampai sekolah pun dia sanggup dari jadi mangsa liwat orang minyak. hehehehehe. Sempat jugak dia tanya ustaz betul ke yang kena liwat dengan orang minyak boleh terberanak anak orang minyak.. Ustaz dia cakap mana ada. Acah je tu kalau tak tak ada yang nak mengaku. Hahahaha.. lelaki mana boleh beranak dik Ooi… apa ke bendul sangat kau ni.

Tak tau la betul ke tidak cerita ni.. Aku baca macam drama pun ada tapi sebab penulisan cerita dia buat aku enjoy baca so aku isi la dalam ruangan seram serik lekat lekit untuk pembacaan santai petang2 ni kan? Tak payah ambil serius sangat la kan.. Satgi ada pulak dok pertikai betul ke tidak. Betul ke tak… Wallahualam..

Moral of the story.. Bukan manusia je ada yang gay.. orang minyak pun dah terjebak jadi gay. Gamaknya perempuan dah tak menarik sangat kot.. Tapi ok la kan.. selalu dok baca makhluk2 ni dok target perempuan je jadi mangsa pemuas nafsu depa.. sekali sekala ada yang songsang tu selamat la sikit kaum wanita katanya hahahaha.