7 Perkara Yang Buat Isteri Kecil Hati & Stres Dengan Suami Masa Berpantang

Bagi seorang wanita yang baru bersalin, dunianya berubah hampir 360 darjah. Banyak perkara tidak lagi sama dalam berbanding sebelum kelahiran bayi.

Dalam tempoh tersebut, isteri sangat memerlukan bantuan serta sokongan secara fizikal dan emosi – terutamanya daripada seorang suami. Hatinya menjadi begitu sensitif dan mudah terkesan dengan perkataan mahupun tindakan anda sekalipun ianya tidak disengajakan.

Suami pula tak boleh expect untuk terus hidup macam dulu. Anda perlu belajar untuk lebih prihatin terhadap keperluan isteri walaupun tidak diminta. Jangan buat isteri kecil hati sebab ia boleh menjadi bibit-bibit kepada tekanan perasaan yang membahayakan.

7 Perkara Yang Buat Isteri Kecil Hati & Stres Dengan Suami Masa Berpantang

1. Tak Ambil Cuti

Memang ada lelaki yang tak ambil cuti masa isteri bersalin dan berpantang. Alasannya sibuk, bos tak bagi cuti, cuti dah nak habis dan macam-macam lagi. Walaupun kerja anda penting, tapi anda juga perlu faham bahawa isteri anda sangat memerlukan sokongan dan kehadiran suami di sisi.

Siapa tak kecil hati bila semua urusan bersalin dan berpantang diserahkan bulat-bulat pada ibu ayah si isteri – berpantang di kampung lagi senang katanya. Mak ayah boleh tengok-tengokkan kita. Kalau kali pertama tu biasalah, tapi kalau sampai anak ketiga keempat pun masih harapkan mertua yang jaga isteri berpantang, mestilah dia akan kecil hati. Rasa sedih sebab macam kita ni menyusahkan sangat pula.

Foto Kredit: http://sinar.fm/

2. Buat Tak Tahu Bila Bayi Menangis

Sesetengah lelaki memang kalis bunyi, terutamanya bila waktu tidur. Bayi menangis malam-malam sikit pun dia tak hirau. Siap boleh berdengkur lagi.

Kalau malam mungkin boleh dimaafkan lagi sebab memang ada yang jenis tak sedar. Tapi kalau bayi menangis depan mata pun dia tak mahu pujuk, susahlah. Kita nak pergi tandas pun tak senang sebab dengar bayi menangis tak henti-henti.

tak cukup tidur

Foto Kredit: drchristinahibbert.com

3. Asyik Bagi Alasan “Tak Reti”

Ada lelaki selalu bagi alasan ‘tak reti’.

Tak reti pujuk baby menangis.

Tak reti mandikan baby.

Tak reti dukung baby.

Tak reti cari barang baby.

Pendek kata, semuanya tak reti. Sedarkah anda bahawa isteri anda juga pertama kali menjadi ibu. Dia bukannya tahu semua tapi dia tetap juga mencuba. Jadi janganlah bagi alasan basi ini lagi sebelum anda betul-betul berusaha.

cuti bersalin suami

Foto Kredit: alfa-img.com

4. Tak Pernah Offer Nak Tukar Lampin Anak

Setiap kali, mesti frust kalau suami cuma bagi ‘laporan’ yang baby dah berak atau terlalu basah. Tak ada pula dia tergerak nak tukarkan lampin tu.

Tak cukup dengan itu, asyik buat muka geli dengan najis baby. Dalam hati tu kadang-kadang rasa geram, dan sesekali rasa kecil hati pula sebab dia anggap itu semua tugas kita seorang saja.

sawan demam

Foto Kredit: verywell.com

5. Balik Kerja Lewat

Bila kita duduk dirumah sepanjang hari dengan baby, hari boleh terasa begitu panjang. Menjelang petang, tentunya kita dah semakin penat, tak bertenaga dan rasa ‘tepu’ menguruskan bayi.

Dalam keadaan ini, isteri harap sangat suami akan balik cepat supaya mereka dapat recharge sekejap. Jadi, kalau anda terpaksa balik lewat atau singgah ke mana-mana, beritahulah isteri ya supaya dia tak tertunggu-tunggu.

Foto Kredit: onlyyouforever.com

6. Malas Mendengar

Isteri anda mungkin akan mengeluh sakit, penat, lapar dan sebagainya ketika dalam pantang. Walaupun anda tak mungkin dapat selesaikan semua kesusahan isteri, janganlah sampai anda malas nak mendengar luahan hati isteri.

Dalam tempoh ini, suamilah yang dapat memberi sokongan moral kepada isteri. Tapi kalau mendengar pun malas, kasihanlah isteri…

Utama

7. Paksa Hubungan Intim Sebelum Isteri Bersedia

Rasa susah nak terangkan bagaimana seseorang yang baru lepas bertarung nyawa di bilik bersalin masih fobia dengan kesakitan melahirkan anak. Rasa ngilu dan sakit di bahagian jahitan masih belum reda, macam mana pula nak ada mood untuk melakukan hubungan intim.

Dalam tempoh berpantang juga, seorang isteri selalunya masih belum selesa dengan bentuk badan mereka. Terasa malu dengan perut yang menggeleber, wajah yang kusam, dan berat badan yang masih belum hilang. Ini semua menjadikan mereka kurang yakin dan insecure terhadap diri sendiri.

Foto Kredit: shutterstock.com

Isteri Mudah Rasa Letih, Sedih & Stres Selepas Bersalin

Sebagai lelaki, fahamilah keadaan yang sedang dialami oleh isteri anda selepas melahirkan. Peluklah mereka, bantulah mereka, gembirakanlah mereka.

Emosi negatif boleh menyebabkan kondisi yang lebih serius seperti postpartum depression. Walaupun nampak normal, namun setiap wanita berisiko untuk mengalaminya sekalipun mereka tidak memperlihatkan sebarang tanda yang meragukan. Dah banyak kes yang kita dengar berlaku akibat kemurungan ini. Jadi, jangan ambil mudah ya!

Recommended for you

  • meroyan meroyan 7 Selebriti Wanita Terkenal Yang Berjuang Melawan ‘Postpartum Depression’
  • 5 Tips Atasi Kemurungan Selepas Bersalin Agar Tidak ‘Gila Meroyan’

Sumber Asal