DIY Safety Gate Bayi Dengan Total ‘Hangus’ RM 30 Sahaja

Baby safety gate merupakan antara elemen yang penting untuk ada dalam rumah bagi anda yang mempunyai anak kecil. Namun, pemasang safety gate ini mungkin akan menelan kos yang tinggi. Bukan semua orang mampu kan? Jadi, salah satu inisiatif untuk memasang safety gate di rumah adalah secara DIY!

DIY BABY SAFETY GATE

Tetiba terasa rajin nak share pasal DIY baby safety gate ni. Padahal dah dekat sebulan dah buat ni. Okay, ada anak kecik wajib la kena childproof kan rumah terutamanya kawasan yang berbahaya seperti dapur. Since Amsyar dah makin rajin explore rumah, selipar dapur pon die buat main, makanan kucing dalam bekas kat dapur pon die kutip. Makin clingy jugak, tak boleh kena tinggal, ibu nak masak kat dapur pon die ikut, maka ayah pon buatkan la safety gate ni.

Design safety gate ni yang terpaling simple je tak canggih pon. Tak boleh slide-slide ke tepi n takde selak2 berengsel pon. Jenis angkat n masukkan pintu dalam lubang secara manual je. Yelah, nak jimat kos n masa. Kalau tak silap kos barang semua dalam RM30 n husband buat ni sorang-sorang dalam 2 jam je.

1.

Barang-barang yang digunakan semua jenis paip pvc. Nak cerita lebih2 tak pandai n takut salah so refer gambar je lah ye. Ala orang lelaki tau la barang-barang ni kan tak yah cite pon takpe, design pon simple je ni. Hee. Cuma nak bagitau yg husband gam setiap sambungan tu so setakat ni anak pijak, goncang2 pagar tu steady lagi lah inshaAllah kukuh jugak. Cumanya kena kira betul2 la ukuran sebab dah gam susah nak adjust balik. Ketinggian pagar, jarak antara tiang semua tu boleh la adjust ikut kesesuaian rumah masing2. Semoga perkongsian ni bermanfaat.

2.

3.

4.

5.

6.

CARA BUKA DIY GATE

Sumber : Syazwani Jamil

Sumber Asal