Tak Sampai RM 20 Dah Boleh Buat Cheesecake Durian Yang Gebu!

“Dah masuk musim durian ni, selain makan macam tu je apa lagi yang aku boleh buat eh?”

KEK CHEESE DURIYAN GUNA BLENDER

Memang sesuai sangat untuk #DurianLovers dan #HantuCheese. Dari korang beli dekat kedai tersohor yang mahai tu, baik uols buat je sendiri. Lagi2 tengah musim doyan ni kan, ha memang le sesuai. Kalau ada doyan sendiri lagi sesuai.kihkihkih.. Jimat gitu. Sonang yakmat aih. Campak dalam blender yo x payah guna mixer. Hakak pun malas nak kuarkan mixer bagai.

Al-kisah balik kampung minggu lepas, bawa durian yang biji2 dan frozen. Disebabkan kami 4 beranak hantu doyan, maka doyan biji2 tu sat ja habis. Tinggal hat frozen 1 bekas microwave itu pun tinggal setengah. Maka semalam dengan gigih dok mikio sebelum kehabisan, baik aku buat kek doyan ciz. Hahaha… Itu pun ada hati nak buat Durian Crepe, tapi idok dapat le sebab da tinggal 5 ulas dalam peti. Betui tekaan ekau Ayu oi.hihi… Semalam asben balik kije, terus dikeluarkn doyan frozen untuk disantap. Pagi ni bininya dan anaknya perabis baki beberapa ulas semalam. Maka habislah doyan frozen hakak. Ada yang nak lanje hakak doyan dak?

Hakak kira modal baru je berapa untuk menghasilkn sebiji Kek Doyan Ciz ni size 6 inci.

-Tatura cheese Rm9 (ikut la tempat korg berapa hengget. Ayu beli kt bakery RM9)
-Telur rm0.80
-Biskut rm2 (klu da ada kat umah lg jimat)
-Marjerin (mesti ada kat umah)
-Gula kastor RM2.80 (klu korg nk jimat lg blend sendiri gula ko buat air hari2 tu)
-Susu segar RM1.80 (x guna semua pn. Uol blh teguk minum lebih tu )
-Tepung jagung ciput je kompom ado kat umah uols. Kecuali ko x masuk dapo.

Ha acu kira, tak sampai rasa RM20 ekau dah dapat sebijik kek ciz doyan. Mesti family dan anak2 suko. Jimat pun jimat. Tips kira-kira tak seberapa.

CARA-CARANYA

Base:

140g Biskut lemak+cornflakes(blend hancur)
60g Butter/marjerin

* nak guna biskut marrie ke tiger ke oreo ke apa2 la biskut yang korang suka. Klu rajin tumbuk2 pn boleh. Ayu nk cepat sblm baby ngamuk so cmpk blend kering.

Cairkan butter kemudian campurkn dengan biskut yang da blend tadi. Gaul kasi sebati lepas tu boleh la letak dalam loyang dan leper2kan kasi sekata. Pastu letak le dalam esbok jap.

* Ayu guna loose pan/springform. Balut loyang springform dengan aluminum form 2 kali. Nak senang lagi guna bekas aluminium yang jual kat bakery tu ha. Size 6 inci ye.

Adunan kek

250g Cheese
50g Gula kastor
2 biji Telur
50ml Susu segar/sejat
140g Isi durian
2 sudu besar Tepung jagung

Cara2:
– Masukkan cheese, telur dan gula blend kasi sebati dan gebu.
– Kemudian masukkan isi durian blend kasi hancur.
– And last masuk tepung jagung dan blend kan lg sekejap.

Sebelum korang bancuh adunan kek, panaskn dulu oven 160?. Keluar loyang yang da siap base tadi kemudian masukkan adunan cheese dalam loyang. Bakar secara bain marin/water bath. (Letak loyang kek ke dalam loyang berisi air) Bakar lebih kurang sejam. Ikut oven memasing ye.

Nak tau da masak ke idok, permukaan kek kering tak melekit. Keluarkan dari loyang berisi air, dan letak semula dalam oven dengan pintu oven direnggangkan dalam 10-15 minit. Keluarkn loyang dari oven letak atas redai bagi sejuk lepastu boleh la masuk peti dalam 3 @ 4 jam. Ayu masukkn dekat bhgian beku dalam sejam sebab anak2 tak sabau nak potong. Makan sejuk-sejuk memang melting.

*Adunan kek Ayu ni, Ayu buat 1 adunan setengah sebab nk habiskan ciz lebih 125g minggu lepas lebih buat Brownies Green Velvet. Ayu guna loyang 8 inci.

Sumber: Nohidayu Abdul Majid

Recommended for you

  • Jamin Bersih, Ini Resipi Sardin Homemade Hanya Guna Pressure Cooker Sahaja
  • Guna Periuk Nasi Je Dah Boleh Buat Pai Susu Ala-Ala Kedai Pastri Mahal
  • Mudahnya Buat Bubur Nasi Cheese Guna Beras Perang Untuk Santapan Si Kecil

Sumber Asal