Buah Durian Gergasi 18Kg Sudah Dibida RM9,000 Sebiji

Bila musim durian ni, ramai yang tak berhenti-henti mencari buah kegemaran ramai itu. Rasa tak puas makan sekali dua je, lebih-lebih lagi harga yang ditawarkan pada musim kali ini boleh tahan murah.

Baru-baru ini, seorang pemilik kebun durian di wilayah Tak, Thailand telah melelong durian gergasi seberat 18 kilogram.

Thanapon Chainok, 51 tahun, yang mempunyai kebun durian berkeluasan dua hektar di daerah Tak Prop Phra berkata, durian gergasi itu masih lagi belum gugur, namun dia menganggarkan berat durian itu sekitar 18 kg.

Tambah Thanapon lagi, dia membuka lelongan untuk buah gergasi itu bermula pada harga Bt10,000 (RM1,227) dan tawaran tertinggi yang diterima setakat ini adalah pada harga Bt73,000 (RM8,958).

Katanya lagi, proses lelongan itu akan berterusan sehingga 12 Ogos ini. Kebiasaannya, buah durian di kebun miliknya dijual pada harga Bt85 (RM10) setiap kilogram.

video sekadar hiasan

sumber : rotikaya