Ibu sempat rakam Video anaknya disamb4r kilat apa yang berlaku kepada budak lelaki tersebut amat mengejutkan.

KUALA LUMPUR: Insiden tiga ny4wa terkorb4n akibat dipanah petir di Johor baru-baru ini perlu diambil serius oleh pihak berkuasa di seluruh negara.

Walaupun mereka dilaporkan cuba mendapatkan perlindungan di dalam sebuah pondok yang terletak di luar sebuah sekolah ketika dipanah petir, ia terjadi akibat kedudukan pondok itu yang berada di bawah pokok.

Petir dipercayai memanah pokok tersebut dan panahannya terkena ketiga-tiga mangsa sewaktu pancarannya melalui kawasan tanah.

Insiden serupa juga pernah berlaku beberapa tahun lalu di Johor Bahru, di mana beberapa orang pemain golf dipanah petir dan meninggal ketika berlindung di sebuah pondok di bawah pokok.

Pihak berkuasa perlu memantau semua sekolah, taman awam dan jalan untuk memastikan pondok, stesen bas dan gazebo tidak dibina berdekatan dengan pokok.

Jika terdapat sebarang struktur binaan dalam jarak 3 meter dari pokok atau dahan besar, ia perlu dirobohkan sekalipun ia dibina secara sah. Dahan besar berpotensi untuk patah apabila dipanah petir sekaligus akan membahayakan apa sahaja yang berada di bawahnya.

Dalam pada itu, sebarang struktur binaan tempat perlindungan perlulah dilengkapi dengan sistem pertahanan petir yang mematuhi piawaian Malaysia, MS-IEC62305.

Memandangkan musim hujan dan ribut petir dijangka akan berterusan untuk beberapa minggu lagi, orang ramai diingatkan agar mematuhi peraturan keselamatan berikut agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

1. HENTIKAN semua aktiviti luar dan carilah perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Petir boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada 15 km dari tempat anda, dan ia tidak semestinya diiringi hujan!

2. LARI untuk mencari perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran petir. Ketika ini, anda sudah berada dalam keadaan SANGAT BAHAYA dan berkemungkinan untuk dipanah petir.

3. JANGAN tunggu hujan turun kerana petir boleh memanah anda walaupun hujan BELUM turun. JANGAN sesekali gunakan payung ketika adanya petir.

4. JANGAN BERLINDUNG DI BAWAH POKOK atau khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan petir.

5. CARI PERLINDUNGAN dalam bangunan besar dan kukuh (rumah atau kedai), kenderaan (bas, van atau kereta) atau struktur yang besar (jambatan). Jangan berlengah-lengah di luar bangunan kerana anda mungkin akan terkena panahan petir.

6. Jika tiada tempat berlindung, segera turun dari tempat tinggi (guar, bukit, platform). Segera berlindung di tempat rendah atau masuk ke dalam longkang kering.

7. SEGERA duduk dalam Kedudukan Pertahanan Petir, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan. JANGAN sentuh sesiapa atau sebarang objek (pagar, besi dan lain-lain).

8. JIKA hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika dipanah petir. Biarkan arus elektrik itu mengalir di luar tubuh anda.

9. DI DALAM tempat perlindungan, JANGAN sentuh objek metalik, barang atau kabel elektrik. JANGAN gunakan telefon, melainkan jika terpaksa. JAUHKAN DIRI dari balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang.

10. Pastikan anda berada DI DALAM tempat perlindungan itu untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit SELEPAS guruh yang terakhir kedengaran. Ingat, walaupun hujan telah berhenti, petir masih boleh memanah bumi.

VIDEO:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: Youtube Channel

The post Ibu sempat rakam Video anaknya disamb4r kilat apa yang berlaku kepada budak lelaki tersebut amat mengejutkan. appeared first on MamakuSyg.

Sumber : http://mamakusyg.com