Kekecohan Berlaku Ketika Merdeka Night Run KL 2018, Penganjur Buat Kesilapan

Tatkala mendengar perkataan “marathon”, kita akan secara automatik membayangkan perlumbaan lari jarak jauh. Namun tidak seperti yang dibayangkankan oleh masyarakat awam, tidak semua acara lumba lari adalah sebuah lumba marathon. Ini adalah kerana lumba marathon mempunyai jarak yang spesifik, iaitu 42.195 kilometer. Betul, 42 km ditambah lagi dengan 195 meter. Jauh, kan?

Sila terus scroll ke bawah untuk video penjelasan penganjur

Jadi, kenapa ia dipanggil marathon?

Asalnya, Marathon adalah nama sebuah daerah di Yunani (Greece). Pada tahun 490 SM, terjadilah Perang Marathon (Battle of Marathon) di Teluk Marathon oleh tentera Yunani dari Athens melawan serangan angkatan Persia. Setelah perang tamat dan dimenangi oleh tentara Yunani, seorang pengutus pesan bernama Pheidippides telah dihantar ke Athens untuk memberitahu kemenangan Yunani. Mengikut legenda, Pheidippides telah berlari tanpa henti dari Marathon menuju Athens. Malangnya sejurus selepas menyampaikan berita kemenangan tersebut, Pheidippides meninggal dunia akibat keletihan.

Pheidippides

Apabila temasya sukan Olimpik di era modern bermula di tahun 1896, acara lumba lari Marathon diperkenalkan berdasarkan larian bersejarah Pheidippides. Jarak acara Marathon di dalam Olimpik pada masa itu adalah sekitar 40km, dari Marathon menuju Athens. Namun jarak ini berubah-ubah di acara Olimpik yang berikutnya kerana banyak laluan di antara Marathon-Athens.

Beberapa pelari Amerika Syarikat yang menyertai marathon di temasya sukan Olimpik 1896 membawa “ole-ole” lumba Marathon ini ke negara asalnya. Dalam tahun 1897, lumba lari Boston Marathon mula dianjurkan pada setiap tahun sehingga saat ini. Tidak hairanlah jika Boston Marathon menjadi acara lumba marathon yang tertua dan terhebat di dunia.

Jarak rasmi Marathon yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (International Olympic Committee, IOC) pada tahun 1907 adalah 25 batu (40 km) untuk Olimpik 1908 di London. Namun pada saat pemetaan laluan, penyelenggara acara memutuskan untuk menggunakan laluan berjarak 26 batu (dari Windsor Castle menuju White City Stadium), ditambah lagi dengan satu pusingan trek (586 ela 2 kaki) agar garisan penamat berada betul-betul di depan singgahsana diraja. Laluan tersebut akhirnya diubah apabila pintu masuk berlainan digunakan, diikuti dengan separuh pusingan trek 385 ela dan tamat di tempat yang sama.

26 batu 385 ela = 42 km 195 meter.

Akhirnya pada Mei 1921, International Amateur Athletic Federation (IAAF) menetapkan 42.195 km sebagai jarak rasmi lumba Marathon yang masih digunakan sebagai acuan sehingga saat ini. Jarak tersebut juga diberikan julat toleransi tambahan maksima 42 meter (0.1%) sebagai antisipasi kesalahan pengukuran (1 meter tambahan per 1 km).

Pada awalnya, acara Marathon ini hanya dibuka kepada kaum lelaki. Ia dibuka secara rasmi untuk atlet wanita hanya pada Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Tidak seperti arena olahraga yang mudah dibuat dengan seragam – pusingan hanya 400 meter, sudah tentunya tidak mungkin untuk membuat laluan (track) khusus berjarak 42.195 km hanya untuk lumba lari. Biasanya lumba marathon menggunakan jalur yang sudah sedia ada, misalnya jalan raya di dalam kota. Oleh itu, walaupun jarak setiap marathon (mengikut spesifikasi IAAF) adalah bersamaan 42.195 km, laluannya akan berbeza di antara satu kota dengan kota yang lain. Selain laluan, kontur permukaan bumi, altitud, elevasi, dan bahkan iklim tentunya unik di setiap kawasan. Jadi, jangan hairan kalau ramai pelari yang suka berlumba di luar kota, atau bahkan luar negeri untuk mendapatkan pengalaman berlari yang berbeza.

Rekod dunia untuk Marathon berkisar di angka 2 jam iaitu Lelaki 2:02:57 – Dennis Kimetto (2014) dan Wanita 2:15:25 – Paula Radcliff (2003).

SCKLM_2017_001

Pelari marathon “pemula” pada umumnya mampu menamatkan larian dalam masa 4 hingga 7 jam. Masa yang digunakan bukanlah sedikit. Jadi, persediaan yang mencukupi harus dilakukan bagi mengelakkan risiko kesihatan sebelum seseorang tersebut melangkah ke garisan permulaan.

Oh ya, jangan keliru lagi untuk memanggil semua lumba lari jarak jauh sebagai marathon. Misalnya, jangan sekali-kali memanggil larian 5K dan 10K sebagai marathon.

Kecoh Di Merdeka Night Run 2018

Di faham kan pihak penganjur tak menunaikan janji pada perserta Merdeka Night Run malam tadi. Ramai peserta berang dan TERKEJUT dgn penganjur. Kesian tengok peserta di tipu penganjur atau kelemahan pengajur yg membuat event merdeka night run malam tadi.

Menurut kata wakil penganjur, mereka mengaku bersalah kerana tidak dapat menyediakan pingat secukupnya. Ini kerana ada kesilapan di dalam sistem mereka dan mereka meminta tempoh untuk sediakan pingat dan akan pos kepada para pemenang yang berjaya menghabiskan larian.

Peserta tidak berpuas hati dan meminta jaminan tetapi penganjur tidak dapat memberi jawapa yang telus bagaimana mereka akan tangani masalah ini.

Video Penuh

Sumber: Zaidi

By: KL Viral

SUMBER: tvbulan.com