Walau masih kecil kanak-kanak ini sanggup bekerja di gerai bapanya sebagai tukang masak. Kisah ini mendapat perhatian netizen.

Tak Sangka Dalam Usia Sangat Mentah Boleh Buat Sampai Begitu Sekali.

Kanak-kanak Bekerja Di Gerai Bapa Jadi Tukang Masak, Kanak-Kanak Ini Dapat Perhatian Netizen. Pepatah ada mengatakan, melentur buluh biar dari rebungnya. Pembelajaran selalunya bermula dari rumah.

Apabila ibu bapa memberi ajaran yang baik kepada anak-anak, maka mereka akan boleh berfikir dengan waras.

Walaupun didikan yang baik sekalipun, kadang-kadang ada juga yang tersasar. Itu tidak boleh disalahkan kepada ibu bapa sebaliknya diri sendiri.

Ini kisah seorang kanak-kanak lelaki Cina yang bekerja di gerai bapanya. Menariknya, dia menjadi tukang masak dan cekap mengoreng kueh teow. Gerai tersebut terletak di Batu 10 Sandakan, Sabah. Anda tonton sendiri video yang menunjukkan kanak-kanak ini sedang mengoreng kueh teow.

Rata-rata netizen memberi komen yang baik. Salah seorang daripada mereka ada bertanya kepada pemilik gerai tersebut, rajin anaknya membantu.

Balas pemilik itu, memang kena bagi kerja, tidak boleh bagi apa yang dia mahu. Perlu usaha sendiri. Baru dia tahu menghargai.
Begitulah kehidupan. Jika tidak dididik dari mula, lain jadinya. Harapnya kanak-kanak ini akan menjadi anak yang baik dan menjadi orang yang berguna kepada masyarakat suatu hari nanti. Mungkin apabila besar nanti, dia akan membuka restoran pula.

Video Penuh:

Sumber: mediabintang

SUMBER : Empiremedianetwork.com

Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui dalam sebuah beg, oleh tiga pekerja kontraktor Alam Flora yang ketika itu sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di jejantas Jalan Kampung Pandan off Jalan Imbi, Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, bayi yang masih bertali pusat itu ditemui di laluan pejalan kaki pada jam 2 petang dalam sebuah beg berwarna hitam.

“Mereka menemui beg berwarna hitam di laluan pejalan kaki di jejantas itu. Pemeriksaan terhadap beg itu membawa kepada penemuan bayi yang dibalut dengan kain batik.

“Anggota Unit Peronda Polis (MPV) yang dimaklumkan mengenai perkara itu bergegas ke lokasi dan membawa bayi berkenaan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Bayi seberat 2.45 kilogram itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui dan dia kini ditempatkan di Wad Kanak-Kanak HKL sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampi menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Afrizal Aizat Md Ariff di talian 012-7883138.

Sementara itu pada 10 September lalu, seorang bayi lelaki ditemui di tingkat satu bangunan Terminal Larkin Sentral selepas tangisannya didengari oleh seorang lelaki yang mengunjungi terminal berkenaan pada jam 3.30 petang.

Menurut Pelindung Kanak-Kanak JKM Johor Bahru, Zaid Ikhwan Lim berkata, sebaik mendengar tangisan bayi itu, lelaki terbabit terus menghampiri dan mendapati seorang bayi lelaki ditinggalkan dan memaklumkan penemuan itu kepada pihak polis.

“Ketika ditemui bayi lelaki itu diletak di dalam plastik yang turut mengandungi pakaian kotor. Kami belum menerima laporan rasmi berkaitan kes berkenaan namun mangsa kini mendapatkan rawatan di dalam wad Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais, berkata, pihaknya ada menerima maklumat dari saksi yang menemui bayi tersebut.

“Lelaki itu menemui bayi berkenaan menangis di gerai kosong di tingkat 1 Terminal Larkin, dalam bungkusan plastik merah dan tangan bayi bergerak-gerak di luar plastik.

“Bayi lelaki yang bangsanya masih belum diketahui tidak berpakaian dan hanya diselimuti sehelai baju, manakala urinya masih berdarah dibungkus menggunakan beberapa kemeja-T di dalam plastik sama.

“Pemeriksaan dalam plastik merah itu tidak menemui sebarang dokumen bayi dan mangsa dibawa ke klinik An Nur di terminal itu untuk pemeriksaan sebelum dimaklumkan bayi itu sihat dan tiada sebarang kecederaan pada fizikalnya,” katanya.

Bayi itu dipercayai dilahirkan kurang 24 jam ketika ditemui, dibawa ke HSA untuk pemeriksaan dan mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke JKM.

Mangsa tidak mengalami kecederaan dan dipercayai berbangsa India berdasarkan kulitnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana meninggalkan dengan niat hendak membuang kanak-kanak berusia kurang 12 tahun dan orang ramai mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro