[VIDEO ] Lan Solo Bersyukur Kerana Anaknya Tidak Lagi Bibir Sumbing

[VIDEO ] Lan Solo Bersyukur Kerana Anaknya Tidak Lagi Bibir Sumbing

Anak keempat kepada penyanyi Lan Soloiaitu Nur Amna Quxandra yang dilahirkan pada 24 Februari lalu sebelum ini disahkan doktor mengalami bibir sumbing.

Sebelum ini, bayi perempuan yang dilahirkan pada 24 Februari lalu disahkan doktor mengalami bibir sumbing. Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusof, ketika dihubungi berkata, pada masa ini dia dan isteri masih perlu memantau kesan pembedahan pada bibir anaknya itu.

“Penting untuk kesan bedah itu dipantau bagi memastikan tidak bengkak dan tiada rekahan di lelangit juga.Setakat ini, syukur Alhamdulillah pemulihan yang ditunjukkan anak saya sangat positif dan dia juga aktif seperti bayi lain seusianya.

“Nur Amna Quxandra sudah meniarap dan kalau dimasukkan dalam ‘walker’, lagi ligat dia berjalan. Malah, pantang nampak kelibat saya dan isteri, dia terus angkat dua tangan minta kami dukung. Seronok lihat dia gembira,” katanya melalui Metro Online.

Ditanya mengenai temu janji doktor, Lan memberitahu ia tidak boleh diabai dan perlu mengikut tarikh ditetapkan. Selain Nur Amna Quxandra, Lan dan isteri, Sheila dikurniakan tiga anak iaitu Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, dan Muhammad Akid Qassyaff, 4.

Hangat.com berharap agar Lan berbahagia bersama dengan keluarga yang tersayang. Apa yang terjadi ada hikmah dan Hangat.com yakin Lan sekeluarga dapat menempuhi dengan tenang.

Video Penuh

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PAYUNG VIDEO VIRAL untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

sumber mediaohsem

sumber

 

SUMBER : kakitapau.com

Cerita Kedua

Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui dalam sebuah beg, oleh tiga pekerja kontraktor Alam Flora yang ketika itu sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di jejantas Jalan Kampung Pandan off Jalan Imbi, Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, bayi yang masih bertali pusat itu ditemui di laluan pejalan kaki pada jam 2 petang dalam sebuah beg berwarna hitam.

“Mereka menemui beg berwarna hitam di laluan pejalan kaki di jejantas itu. Pemeriksaan terhadap beg itu membawa kepada penemuan bayi yang dibalut dengan kain batik.

“Anggota Unit Peronda Polis (MPV) yang dimaklumkan mengenai perkara itu bergegas ke lokasi dan membawa bayi berkenaan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Bayi seberat 2.45 kilogram itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui dan dia kini ditempatkan di Wad Kanak-Kanak HKL sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampi menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Afrizal Aizat Md Ariff di talian 012-7883138.

Sementara itu pada 10 September lalu, seorang bayi lelaki ditemui di tingkat satu bangunan Terminal Larkin Sentral selepas tangisannya didengari oleh seorang lelaki yang mengunjungi terminal berkenaan pada jam 3.30 petang.

Menurut Pelindung Kanak-Kanak JKM Johor Bahru, Zaid Ikhwan Lim berkata, sebaik mendengar tangisan bayi itu, lelaki terbabit terus menghampiri dan mendapati seorang bayi lelaki ditinggalkan dan memaklumkan penemuan itu kepada pihak polis.

“Ketika ditemui bayi lelaki itu diletak di dalam plastik yang turut mengandungi pakaian kotor. Kami belum menerima laporan rasmi berkaitan kes berkenaan namun mangsa kini mendapatkan rawatan di dalam wad Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais, berkata, pihaknya ada menerima maklumat dari saksi yang menemui bayi tersebut.

“Lelaki itu menemui bayi berkenaan menangis di gerai kosong di tingkat 1 Terminal Larkin, dalam bungkusan plastik merah dan tangan bayi bergerak-gerak di luar plastik.

“Bayi lelaki yang bangsanya masih belum diketahui tidak berpakaian dan hanya diselimuti sehelai baju, manakala urinya masih berdarah dibungkus menggunakan beberapa kemeja-T di dalam plastik sama.

“Pemeriksaan dalam plastik merah itu tidak menemui sebarang dokumen bayi dan mangsa dibawa ke klinik An Nur di terminal itu untuk pemeriksaan sebelum dimaklumkan bayi itu sihat dan tiada sebarang kecederaan pada fizikalnya,” katanya.

Bayi itu dipercayai dilahirkan kurang 24 jam ketika ditemui, dibawa ke HSA untuk pemeriksaan dan mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke JKM.

Mangsa tidak mengalami kecederaan dan dipercayai berbangsa India berdasarkan kulitnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana meninggalkan dengan niat hendak membuang kanak-kanak berusia kurang 12 tahun dan orang ramai mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro