Sanggupkah Anda Minum Air Kencing Sendiri Untuk Awet Muda?Inilah Trend Terkini Kononnya…

TREND minum air kencing sebagai terapi semakin meningkat.

Loading...

Disebabkan peningkatan ini, orang ramai digesa untuk berhenti minum air kencing mereka sendiri atas nasihat doktor yang menghalang pengambilannya.

Walaupun ia nampak pelik bagi kebanyakan kita, air kencing adalah sesuatu yang asli dan pengamalnya mendakwa terdapat manfaat kesihatan di sebalik amalan ini.

Pada asasnya kumpulan pengamal ini menggunakan air kencing mereka sebagai sebahagian daripada rutin harian, seperti untuk mencuci, menjadikannya minuman dan ada yang melakukan untuk kedua-duanya.

Individu yang mengamalkannya melaporkan kulit mereka lebih licin, turun berat badan dan segala macam kesan positif lain.

Menerusi laporan Metro UK, Kieran ‘Raw Gong’ Hughes adalah salah seorang daripada mereka yang menjadikannnya satu amalan.

Dia hanya makan buah-buahan, minum air kencingnya dan sesekali menggunakannya sebagai toner muka yang dikatakan ‘mempunyai kesan pelembab luar biasa untuk awet muda’.

“Saya mula melakukannya kerana saya sukakan tahap tenaga yang tinggi. Jadi selama empat tahun lalu, saya telah menganalisis kesan setiap minuman dan makanan yang saya ambil.

“Ini secara automatik mendorong saya untuk mengamalkan diet buah-buahan dan minum air kencing sendiri sebagai air utama,” katanya.

Untuk memulakan perjalanan terapi kencingnya, Kieran membaca buku berjudul ‘Secrtes To An Alkaline Body’ (Rahsia Untuk Tubuh Beralkali) oleh Dr David Jubb.

Dari situ, dia mula menghirupnya sedikit demi sedikit sehingga minum lebih banyak, yang mana dia berkata dapat merasakan dirinya menjadi bertambah baik.

Manfaat untuk dirinya termasuklah ‘penghidratan, kejelasan, tahap tenaga yang lebih tinggi dan fungsi keseluruhan badan yang lebih baik’.

‘YouTuber’ kesejahteraan UK itu berkata dia hanya mengambil sehirup air kencingnya pada waktu petang, tetapi meminumnya lebih banyak ketika bangun tidur.

“Air kencing pagi jauh lebih ‘hebat’ kerana mengandungi melatonin dan boleh menunjukkan kesan yang lebih ketara, jadi saya selalu mengesyorkan air kencing pagi sebagai minuman pertama setiap hari,” katanya.

Loading...