Jika Anda Mempunyai 30 Perasaan Seperti Ini,Maka Sesungguhnya Hati Anda Masih Kotor…

*30 TANDA-TANDA HATI KOTOR*

1. _Gelisah walaupun tiada masalah._

2. _Selalu berbangga dengan diri sendiri._

3. _Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain._

4. _Tidak amanah dan mungkir janji._

5. _Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya._

6. _Suka mengumpat dan membuka aib orang lain._

7. _Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya._

8. _Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang._

9. _Suka menyakiti hati orang dengan sindiran._

10. _Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang_

11. _Menyampaikan ilmu dengan riak._

12. _Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain._

13. _Berpakaian elok untuk dipuji Serta menunjuk-nunjuk._

14. _Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa._

15. _Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)_

16. _Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada_

17. _Solat yang tidak khusyuk._

18. _Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik._

19. _Selalu mengeluh serta tidak redho dgn suratan takdir._

20. _Cinta kepada duniawi dan materialistik._

21. _Mudah bersangka buruk terhadap orang._

22. _Membesar besarkan hal yang remeh temeh._

23. _Suka bergosip dan menabur fitnah._

24. _Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi._

25. _Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat. Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia._

26. _Perasaan hasad dengki&Iri hati.Tidak boleh melihat orang lain melebihinya._

27. _Penting diri dalam semua hal._

28. _Berpura-pura dan suka membodek._

29. _Tamak haloba serta bakhil serta sangat berkira dengan orang lain._

30. _Nafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung._

*Kesemua sifat diatas adalah sifat Mazmumah (terkeji). Mari bermuhasabah diri samada hati masih terhijab kepada Allah dengan sifat-sifat buruk diatas atau tidak, jika masih maka hendaklah membersihkannya dengan mengenal Allah, banyak mengingati Allah,berdamping dengan guru pembimbing dan sentiasa bersangka baik kepada Allah dan makhlukNya.*?