“Abah Aku Tak Tahu Tengah Berlakon” – Anak Mohon Maaf Pasal Kejadian Tepuk Di Airport, Ini Respons Win Shukri Yahaya

Terdahulu, pelakon terkenal Shukri Yahaya telah viral di media sosial kerana terdapat satu babak di mana dia telah ditepuk oleh seorang pak cik ketika melakonkan watak seorang lelaki lembut. Pak cik berkenaan berbuat demikian kerana ingin menegur telatah Shukri Yahaya yang memakai seluar pink ketat dan bersalaman dengan seorang lagi pelakon lelaki sama dengan lemah gemalainya.

[VIDEO] “Sumpah Lawak!” – Gara-Gara Berlakon Watak Lembut, Shukri Yahaya Kena Tegur Direct Dengan Pak Haji

Rentetan peristiwa tersebut, seorang gadis di Twitter telah membuat pengakuan bahawa dia merupakan anak kepada pak cik yang menepuk aktor tersebut. Menurutnya, ayahnya ingin meminta maaf kerana menganggu ketika set penggambaran dilakukan di airport tersebut. Dia juga tidak menyangka ada orang sempat merakam insiden berkenaan dan menjadi viral kerana video tersebut sangat lucu.

Abah aku tak tahu tengah berlakon

Tambahnya lagi, ayahnya memang tidak mengenali pelakon terbabit. Selepas menepuk Shukri Yahaya, dia terus memaklumkan kepada keluarganya yang dia ada tepuk seorang ‘pondan’. Dia hanya menyedari status Shukri selepas anaknya ini menunujukkan profil Instagram milik aktor tersebut. Mereka berhajat untuk memohon maaf tapi krew produksi terlalu sibuk pada amsa itu sehingga waktu flight mereka tiba.

Abah awak tak tau dia pelakon ke?

Dan menariknya lagi, rupanya mereka sekeluarga sedang menunggu flight untuk pergi ke Jeddah, Arab Saudi sebelum pak cik berkenaan ternampak ‘adegan panas’ itu.

Silap la orang nak pergi Jeddah kau berdrama situ

Selang beberapa jam kemudian, tweet gadis itu telah sampai ke pengetahuan Shukri Yahaya dan memberikan maklum balas yang positif kepada ayahnya. Walaupun pak cik tersebut telah menepuknya secara tiba-tiba sewaktu beliau sedang berlakon, beliau tetap memuji tindakannya sebagai satu usaha yang terbaik.

Abah awak terbaik…

Respons win daripada Shukri Yahaya itu turut mendapat pujian daripada para peminat dan warga Twitter. Mereka turut memuji keberkesanan dalam lakonan daripada aktor tersebut kerana jika ttidak, manakan pak cik tersebut ingin menegur secara direct seperti dalam video itu.

Pak cik tu berani tegur depan2 tak macam kita

Sumber: Kisah Dunia