Tengah Asyik Layan Korea, Sekali Nampak Najib ‘Berlakon’ Sekali Dalam Drama Tu..

Kontroversi yang melanda bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja menarik perhatian rakyat kita malah seluruh dunia.

Baru-baru ini, DS Najib sekali lagi menjadi buat mulut netizen apabila dia dikatakan ‘muncul’ di dalam sebuah drama Korea berjudul My Secret Terrius

Drama tersebut turut dibintangi pelakon hebat seperti So Ji-sub, Jong In-sun, Son Ho-jun dan ramai lagi.

Bagaimanapun, ahli politik tersebut hanya muncul di skrin television ketika para pelakon sedang menonton berita.

Paparan berita tersebut diambil ketika mantan Pedana Menteri itu ditahan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Julai lalu.

Gambar tersebut menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen yang nyata kagum dengan kemunculan tersebut

Drama Penyiasatan Salah Guna Kuasa

Tak sangkakan boleh ada nama besar dari Malaysia muncul di dalam sebuah drama hebat yang mempunyai ramai pengikut itu?

Ternyata nama Malaysia kini kian popular di mata dunia. Sama ada popular dari segi baik atau tidak, itu anda sendiri yang tentukan.

Foto: Twitter via MH OMM kredit video BAHA