[VIDEO] Inilah Tindakan Dr M ini yang buat Anwar terharu ketika sesi angkat sumpah

Anggota parlimen Port Dikcson yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau percaya kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) telah berusaha menangani pelbagai masalah berhubung pembaharuan institusi.

Anwar berkata demikian ketika HARAPAN kini sedang dikritik berhubung berhubung beberapa janji dalam manifesto pilihan raya yang dilihat tidak dapat ditunaikan.

Jelas Anwar, manifesto HARAPAN didraf dengan pertimbangan mendalam meskipun beberapa janji yang dimasukkan pernah dibuat di era Pakatan Rakyat.

“Kita sudah pertimbangkan kebanyakan isu-isu ini dan bincangkan dengan terperinci.

“Saya turut membantu ketika saya berada di dalam penjara,” kata Anwar ketika diminta mengulas berhubung kritikan terhadap kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak bersetuju dengan penghapusan tol.

“Realiti menuntut kita melihat semula dan mengambil kita situasi semasa,” katanya.

Presiden PKR itu juga berkata adalah “tidak tepat” apabila mengatakan rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan kerana mereka boleh melihat perkembangan yang telah dilakukan dalam perkara lain yang disentuh dalam manifesto HARAPAN.

VIDEO:

Anwar terharu Dr M tangguh mesyuarat untuk hadir sesi angkat sumpah
hli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim terharu apabila melihat kesanggupan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan jemaah menteri menangguhkan mesyuarat bagi melihat beliau mengangkat sumpah di Dewan Rakyat hari ini.