Tahniah Kepada Kerajaan Negeri Kelantan Kerana Berjaya Anjurkan Sukan Bina Badan Patuh Syariah.

Negeri Kelantan dilihat berjaya menganjurkan Sukan Bina Badan patuh syariah. Tidak seperti kejohanan lain yang dilihat memerlukan setiap peserta hanya dibenarkan memakai seluar dalam dan perlu memperagakan badan dan menunjukkan setiap otot yang ada.

Loading...

(Tonton Video Penuh Di Bawah Artikel)

Cabaran MR Awang Selamat 2018 yang dianjurkan di Kelantan diadakan di Dewan Jubli Perak Kota Bharu dan mengkehendaki pesertanya memakan seluar munutup aurat dari pusat hingga ke lutut.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan NGO Kelantan Wan Roslan Wan Hamat berkata pertandingan itu akan menonjolkan peserta yang menutup aurat dari paras pusat hingga ke lutut dan tidak sepertimana pertandingan bina badan biasa.

Lebih bermakna dan bangga apabila saya dimaklumkan sudah ada negeri yang mula mengambil konsep menutup aurat dalam sukan bina badan ini.

Ia membuktikan Islam bukan penghalang untuk mencipta kejayaan dalam bidang sukan dan kita berharap penganjuran ini dapat dipertingkatkan untuk masa akan datang, katanya

Wan Roslan berkata pertandingan yang akan diadakan di Dewan Jubli Perak di sini, mempertandingkan empat kategori iaitu Mr Awang Selamat Kelantan (Terbuka), Mr Awang Selamat Kelantan (Tertutup 70 kg ke bawah), Mr Awang Selamat Kelantan (Tertutup 70 kg ke atas) dan Mr Awang Selamat Kelantan Pasak (Tertutup).

Beliau berkata pemenang setiap kategori menerima hadiah wang tunai, keris serta piala.

Ini dilihat amat baik dan harap mampu diikuti oleh penganjur-penganjur lain.

Program itu dianjur Urusetia Belia dan Sukan dengan kerjasama Pertubuhan Awang Selamat Kelantan Pasak dan MPKB-BRI.

VIDEO PENUH:

 

Loading...