Suara SAFIEY ILLIAS Tiba2 Bertukar ketika menyanyikan SINGLE PERTAMA Beliau

Kisah Hidup Safiey Ilias


Safiey Ilias adalah seorang lelaki biasa yang lahir di Felda Lakum, Lanchang, Pahang pada 19 Mei 1994. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lakum dan mendapat kesemua A dalam UPSR. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu di SM Sains Sultan Hj Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan, Pahang. Namun pembelajaran di sana hanya bertahan selama 2 minggu sahaja disebabkan homesick. Beliau terlalu rindukan emak dan ayah dan tak biasa hidup berjauhan di asrama. Beliau seterusnya meneruskan pelajaran ke SMK Datuk Bahaman, Lanchang dan mendapat kesemua 8A dalam peperiksaan PMR. Disebabkan kecemerlangan itu, beliau ditawarkan ke sebuah lagi Sekolah SBP iaitu di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (SBPIK).

Semenjak berpindah ke Kuantan, beliau merasakan kos sara hidup di sana agak tinggi. Ayahnya cuma mempunyai kereta Kancil untuk menghantar beliau ke sekolah.

Saya tak macam anak orang lain yang tiap-tiap minggu keluar outing ke bandar. Ada yang tiap-tiap minggu mak ayah datang hantar makanan dan KFC. Rasa jealous sangat masa tu. Disebabkan desakan nak juga hidup senang sedikit seperti kawan lain di samping untuk tak menyusahkan mak ayah, saya mula buat bisnes dari asrama sekolah.

Beliau seterusnya mulakan bisnes tanpa modal dengan menjadi agen dropship untuk produk kecantikan seperti suntikan pemutihan kulit dan pil jerawat. Satu kotak produk dapat menjana keuntungan margin yang tinggi iaitu RM50 hingga RM200. Beliau seperti tidak percaya ada pelanggan wanita yang sanggup menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk membeli produk kecantikan itu walaupun harganya agak mahal. Mungkin kurang persaingan pada waktu itu.

Saya gunakan Facebook sahaja pada masa tu. Setiap hujung minggu saya akan keluar outing atau pinjam laptop cikgu. Masa tu di Koperasi sekolah ada cikgu yang sediakan sewaan surf internet dengan harga RM2 sejam. Jadi saya guna peluang itu untuk buat duit.

Masa itu lah saya gunakan untuk ambil database customer. Saya biasanya akan minta maklumat pelanggan seperti nama, no telefon, alamat dan email customer yang berminat dengan produk tu. Kemudian, saya akan tulis maklumat tu dalam sebuah buku tulis. Saya tak ada telefon di asram , jadi saya gunakan telefon asrama untuk call supplier dan customer saya.

Sementara itu, pada waktu malam selepas habis kelas prep (belajar), saya akan call customer. Masa tu banyak la duit syiling dan kad telefon saya ada. Senang untuk call customer. Setiap orang saya akan call untuk tanyakan sama ada dah dibuat bayaran atau belum. Pada waktu itu saya cuma ada akaun Bank Rakyat sahaja. Selepas dah confirm bayaran, saya akan terus call supplier dan supplier akan poskan barang yang dipesan.

Semakin hari semakin banyak untung saya dapat dan sekarang saya dah boleh beli stock sendiri. Masa tu saya jual produk sabun muka, bb cream, mask dan pelbagai lagi. Saya jual tu sebab saya pun pakai sebab masa tu muka saya pun memang banyak jerawat. Maklumla zaman remaja sekolah hormon tengah tak berapa stabil.

Ini rekod, sebelum ini suara Safiey illias pernah bertukar ketika dirasuk

 

Safiey Ilias Kini Ada Lagu
Umum mengetahui rakan baik Safie iaitu Sajat dan Dato Aliff telah merekod lagu. Semalam Safie juga telah melancarkan lagu baru beliau yang bertajuk Syinta Gila. Apa pendapat korang apabila dengar lagu ni?

Jom layan lagu.

Lirik Lagu Safiey Illias – Syinta Gila

Banyak orang suka padaku
Banyak pula yang benci diriku
Ku tak peduli inilah diriku
Yang cantik yang manja yang paling juara

Aku hanya seorang wanita
Ingin juga ingin dimanja
Ku tak peduli orang bercerita
Aku memang yang paling jelita

Kau bilang aku memang cantik
Ku tahu diri ku paling menarik
Tak henti henti mata mu melirik
Syinta syinta syinta syinta gila

Kau akui ku memang cantik
Kau cuba buat hati ku terusik
Buktikanlah diri mu yang terbaik
Syinta syinta syinta syinta syinta gila

Syinta gila… Kau syantik…
Kau syinta… Syinta gila…

Wah! Sekarang giliran Safiey Illias pula tampil dengan single pertama yang berjudul Syinta Gila. Lagu baru ni masih belum release sepenuhnya. Cuma dia dah tunjuk teaser sikit kat youtube dia. Tapi tak sampai 30 saat pun. Tapi sekali dengar terus dah boleh tangkap! Lagu yang catchy dan mudah melekat di telinga.

Sumber oh gebang