Benarkah Pelakon Rozita Che Wan Failkan Permohonan Perceraian?Ini Komen Rozita Che Wan…

PELAKON Rozita Che Wan menafikan dakwaan rumah tangga dengan Zain Saidin sedang bergolak.

Loading...

Rozita, 45, atau mesra disapa Che Ta turut menepis khabar angin dia sudah memfailkan perceraian di mahkamah syariah, baru-baru ini, namun ditarik semula.

“Saya dengan Zain okey. Tidaklah bahagia 100 peratus. Biasalah dalam perkahwinan ada pasang surut. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

“Cuma, soal dikatakan naik mahkamah syariah ia tak betul. Saya memang terkejut. Maklumat ini tak betul. Sama ada mereka salah mahkamah atau tersilap artis.

“Memang saya akan naik mahkamah, tapi bukan mahkamah syariah sebaliknya mahkamah tinggi membabitkan kes perniagaan,” katanya kepada Harian Metro.

Minggu lalu sebuah portal menyiarkan gosip mengatakan rumah tangga pelakon cantik bergolak hingga nak bercerai.

Menerusi laporan itu, pasangan berkenaan digambarkan sering bercuti ke luar negara.

Malah, sifat penyayang suami terhadap anak-anak isterinya hasil perkahwinan terdahulu mendapat pujian peminat.

Dalam laporan sama, dikatakan pelakon itu sudah mengupah peguam untuk menguruskan kes perceraian. Namun, suami pelakon itu cuba mengelak daripada tuntutan cerai isterinya.

Laporan itu juga menyebut, mereka bersetuju untuk berbaik demi anak.

Sementara itu, Che Ta yang ditemui pada Anugerah Nona Superwoman semalam terbuka mengenai poligami.

“Poligami adalah sunnah Nabi. Saya okey saja, ‘sharing is caring’. Tetapi adakah orang nak jadi madu saya? Beranikah?

“Sejak bila saya tak bagi? Saya berikan ruang Zain ke arah itu, tapi dia tak mahu,” katanya.

Berkongsi mengenai anugerah diterima menerusi kategori Nona Fashionista, Che Ta berkata dia tidak menjangka mendapat pengiktirafan itu.

“Adakah saya fashionista? Selama ini saya pakai apa yang dirasakan sesuai. Saya memang jenis sentiasa bersiap.

“Macam pergi tengok perlawanan bola sepak baru-baru ini, orang kata saya ‘over’. Bagi saya, penampilan itu adalah biasa dan saya anggap ia ringkas. Apa pun, terima kasih Nona atas penghargaan ini,” katanya.

Loading...