Restoran Air Ikat Tepi 30sen Kena Denda Dan Diberi Amaran-KPDNKK

SHAH ALAM: Premis restoran yang menjadi tular di media sosial gara-gara mengenakan caj 30sen bagi minuman ikat tepi telah didenda oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Pihak KPDNKK dalam operasinya telah mendapati premis tersebut gagal mempamerkan tanda harga dan tanda harga bagi tambahan caj ikat tepi (tambahan RM 0.30 jika bungkus) pada minuman limau asam boi dan minuman yang lain.

“Justeru itu, premis telah dikenakan kompaun (denda) di bawah kesalahan AKHAP 2011, amaran telah diberikan kepada peniaga supaya mempamerkan tanda harga termasuk tambahan harga,” kata KPDNKK melalui laman FAcebook mereka.

Semalam, pihak KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memeriksa premis tersebut yang terletak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar. – Siakapkeli.my

Tindakan Pemantauan dan Penguatkuasaan ke atas isu Air Ikat Tepi yang ditular melalui media sosial .Hasil pemantauan…

Posted by KPDNKK-Laman Rasmi on Sunday, July 23, 2017

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*