innalillahiwainnailaihirojiun… Mastura maut dihimpit lori muatan batu

Kangar : Kemalangan ngeri berhampiran tangki air, Kuala Perlis di sini kira-kira pukul 12.46 tengah hari tadi mengorbankan seorang wanita apabila kereta yang dinaikinya dihempap batu dari lori yang melanggar kereta yang dinaikinya.

Mangsa bernama Siti Mastura Binti Azmi, 33, berasal dari Langkawi, sebanyak enam buah kenderaan termasuk sebuah lori muatan batu , ini berpunca lori tersebut hilang kawalan lalu merempuh beberapa kenderaan lain, muatan batu dari lori tersebut menghempap kereta yang dinaiki mastura dan rakan nya.

Mastura mengalami kecederaan parah dibahagian kepala dan anggota badan akibat dihempap batu dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat Mastura dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar menggunakan ambulans untuk proses bedah siasat.

“Sementara itu, seorang wanita turut cedera parah dalam kemalangan itu dan seorang mangsa lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan.

Punca sebenar kejadian tersebut kini disiasat oleh pihak berwajib, apa yang berlaku mengudang pilu keluaraga Mastura dan insan-insan yang mengenalinya. Al fatihah

Sumber : Beritasayu.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*