Seorang pelajar wanita yang ingin Bunuh Diri Terbantut Kerana Perbuatan Pelajar Lelaki di bahagian bawah bangunan

Seorang pelajar wanita yang ingin terjun dari bumbung sekolah kerana tertekan selepas baru putus cinta. tindakannya untuk membunuh diri terbantut apabila dia melihat apa yang pelajar lelaki lakukan. mana tak nya. semua pelajar lelaki….

Lapor media tempatan negara itu, gadis berkenaan dilihat telah bersiap sedia untuk terjun dari bumbung bangunan di Universiti Beifang. Salah seorang pelajar universiti berkenaan, Zhang Ming, yang menyedari perkara itu, memaklumkan kepada rakannya dan mengalihkan basikal-basikal yang diletak di bawah bangunan itu serta dengan pantas merentangkan 20 selimut dengan harapan dapat menyelamatkan gadis itu jika ia terjun.

Bagaimanapun, gadis itu berjaya diheret keluar dari kawasan bumbung bangunan oleh pihak bomba yang datang setelah dihubungi oleh warga pendidik universiti berkenaan.

Difahamkan, pelajar terbabit yang baru masuk ke universiti itu tertekan kerana putus cinta. Dia mulai ragu-ragu untuk terjun bangunan selepas melihat tindakan 50 orang pelajar lelaki di bawah yang membentuk jaringan selimut dan ketika keraguan itulah bomba berjaya mengheret pelajar wanita itu.

Ekoran dari tindakan pantas beberapa pelajar lelaki itu, netizen China memuji tindakan mereka dan memberikan gelaran istimewa kepada mereka sebagai ‘Abang Selimut’.

Kredit:- TheHypeMedia

Sumber : sempoiviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*